Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan yang mulia

Alhamdulillah, sempurna sudah 7 hari berpuasa buat tahun kedua Neeza dan anak-anak di bumi Jubail ni. Kali ni agak berbeza daripada tahun lepas sebab kami berpuasa di rumah baru (nama je baru tapi dah di'lamakan' oleh tenant sebelum ni). Penat jugak sebenarnya berpuasa musim summer ni. Cuaca panas kat luar. Tekak kering. Kadang-kadang ada sand storm. Neeza ambil ianya sebagai dugaan bagi kami. Terima seadanya.

Internet connection pulak sangat mengecewakan. Walaupun dah 2 minggu kami pindah, pihak yang sepatutnya buat kerja tak jugak buat kerja mereka. Bukannya susah pun. Rumah baru ni memang dah ada line. Cuma switch tukar ke number kami saja (ye ke?? pepandai je hahaha!!). Tapi, disebabkan bulan puasa, kerja pun turut puasa. Bulan puasa bagi orang yang bekerja disini (tak termasuk yang datang dari negara tanah air ku) sama macam bulan bertidur-tiduran. Sangat lembab macam cuaca baru ni... panas lembab yang melampau. Itu pun tiap-tiap hari follow up. Dah lah nak dapat cakap dengan operator tu satu hal. Bila dah dapat cakap, balik-balik dia kata "ini problem teknikal. Kami minta maaf. Kami baru saja betulkan problem ni". Pelik kan, setiap kali call, itulah dialog dia. Memang diorang dah ada dialog untuk cover line lah agaknya.

Lagi satu perkataan InsyaAllah sukalah disalah gunakan. Apa-apa sikit, InsyaAllah. Memang lah bagus guna word tu tapi kalau dah setiap kali kita call, macam tu je, sape lah yang tak panas telinga dengar. Sabaaaaarrrrr je lah kan... :).

1st day Ramadhan hari tu juga ialah 1st of school bagi 2 anak dara Neeza. Kesian mereka. 1st day sekolah kena puasa. Disekolah okay lagi. Admin sekolah asingkan budak-budak yang puasa dengan yang tak puasa. Jadi takdelah terliur anak-anak yang puasa ni tengok kawan-kawan yang tak puasa tu. Tapi, on the way balik, kawan Coan offer dia cookies dan dengan selambanya dia ambik makan. Dia boleh offer Kakak makan pulak tu dan Kakak pun makan. Bila Kakak teringat dia puasa, dia stop makan tapi si Coan insist nak makan. Kakak tak bagi. Balik sekolah, Ummi dengan kuasa veto, paksa suruh teruskan puasa. Bukan zalim tapi nak mendidik.

Hari-hari berikutnya, Coan asyik lah 'terlupa' dan makan bila balik rumah. Then Abah kata, tak payah lah Coan tu puasa. Kawan-kawan sebaya dia ramai yang tak puasa. So, tak puasalah Coan. Sahur pun tak bangun.

Oh ya, cerita internet tak habis lagi sebenarnya. Since lama sangat tunggu telecom, ada seorang encik tu dah tak sabar lagi. Dia pergi beli prepaid and pinjam modem dari En. Wenk. Tapi since prepaid, Neeza tak berapa ada mood nak mengadap computer sebab macam kena catu pulak. Bosan. Kalau tidak, boleh guna 24/7.

Ada yang tanya, mana gambar-gambar juadah buka puasa kami sekeluarga? Neeza jawab kat sini, takde sebab internet takde, Neeza pun tak ambik gambar. Kami makan juadah biasa-biasa saja. Takde yang extra special pun. Cuma semalam, kami berbuka di luar. Saja nak tukar selera sikit :).


13 comments:

Mrs Rafiuddin said...

yeayyyyy,dah update..kikiki..lama betul menunggu..hehe
aritu offer modem as tak nak.hehe..kalau tak dari dulu dah berupdate.:)
kalau mobily akak ambil la yg sr350 monthly tu.unlimited..bleh la 24/7 mengadap..baru best tiap hari ada citer dari akak :)
this year jgn lupa letak model puasa beserta lauk yer :P

maklang said...

bulan puasa memang banyak cabarannya neeza...


selamat menunaikan ibadah puasa...:)

maklang said...

bulan puasa memang banyak cabarannya neeza...


selamat menunaikan ibadah puasa...:)

silversarina said...

Selamat berpuasa buat neeza dan semua di sana.

Memang payah bila semua rakan sebaya Coan tak puasa ,mestilah dia payah nak tahan, tak pe, mungkin weekend boleh Coan puasa sebab ada di rumah sebagai latihan buat dia .

Bulan tak posa pun pejabat arab dah macam siput babi, ni kan pulak bulan puasa ... faham sangat dah akak arab ni sebab kebanyakannya sama aje tak kira negara mana .

jane said...

haah...........

lama benar nunggu neeza!

pB said...

update jugok akhirnya


dhumoh ni , nurin sorghe hok tok poso.
tapi kalu lepah taim bukok , dio sibuk suruh kak pB gerok dio maso waktu sahor.

nok poso , kata dio..

bilo tanto bakpo nok poso

dia jawab

sebab tak mau makan nasi

arsaili said...

salam ramadhan ...semoga kedatangannya kali ini membawa seribu rahmat

ibusinga said...

patutlah lama tak hapdate...
selamat berpuasa di tempat orang...

cHeRyNa PiReS said...

yeah! kak neeza is back! sha teringat kali pertama tgk blog kak neeza, masa tuh bulan puasa (dah setahun rupanya~) kak neeza ade gambo2 food yg best...dgn model2 yg lawa2 sebagai penghias...adoi...rindunye nak tgk macam tuh lagi!

zino said...

patut lama tak berupdate.....sabar je lah..

Nadia Yuna said...

Salam kak neeza. selamat berpuasa! rindunya kat kak neeza tu. huhu. Kagum betol nadia dengan semangat sofea yg tahan bila coan suruh habiskan jugak makan. comel je.

Neeza Shahril said...

As,

akak tak tahu pun orang tu nak beli prepaid.. balik rumah aje tengok dia pasang benda tu. Then akak tanya.. baru lah tahu.. Dia tak sabar nak masuk facebook hehee..

Model puasa tak masuk shift lagi hehe..

***********************************

Maklang,

selamat berpuasa untuk maklang juga..

***********************************

Kak Rina,

memang geram dengan diorang ni. Mentaliti tak berubah.. patutlah ramai Nabi diturunkan disini.. ada hikmahnya sebenarnya kan..

Coan nak puasa tapi bila kat sekolah, kawan offer food, dia makan.. :(

***********************************

Kak Jane,

neeza masih macam siput ni kak ;)

***********************************

Kak Pb,

Nurin toksey makae nasik?? bijok sungguh anok ma nih! hehee..

***********************************

arsaili,

Salam ramadhan juga untuk awak sekeluarga di Aussie tu...

***********************************

Ibusinga,

thanks ibusinga.. ibusinga pulak??
ni mesti tak puasa kan heheh...

***********************************

Sha,

model2 akak belum masuk kerja.. Direhatkan sementara boss dapat internet connection yang senonoh sikit hehe..

***********************************

Zino,

memang kena banyak sabar dok sini ;)

***********************************

Nadia,

akak pun gitu dik.. tapi keadaan tak mengizinkan akak duduk lama2 depan PC.. huhuuu..

nurie said...

Akhirnya......
Rindu nak baca entry ala Ramadhan akak & nak tengok menu2 iftar akak mcm tahun lalu...tapi nak buat mcm mane...kesian kat akak. Sabojela kak...InsyaAllah semuanya akan ok. Selamat berpuasa untuk akak sekeluarga.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin