Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, August 3, 2009

Seram sejuk...



Pagi ni badan rasa seram sejuk. Kepala pun rasa berat sikit. Semalam keluar rumah. The weather tak ngam dengan badan nih. Adehhh!! nampak sangat dah tua.. :). Neeza tak pergi hospital pun. Sebenarnya takut nak pergi hospital. Bukan takut doctor dan bukan takut ubat tapi takut pada orang-orang yang sama-sama pergi jumpa doctor tu. Time macam ni hospital biasanya penuh. Nak menunggu tu satu hal. Virus lain yang terawang-awangan tu hal lain pulak. Kalau boleh dielak, Neeza cuba elak lah daripada hospital buat masa ni.

Pagi-pagi lagi Sophea dah mintak "Ummi masak soup ABC ya...". Hehehee.. bukan lah soup Air Batu Campur tau. Dia mintak buatkan alphabet soup. Rasanya ibu-ibu dan bapak-bapak yang pernah masak tau kot apa maksud dia. Dia suka soup tu sebab rasanya ala ala chicken soup p1zza hut tu.

Sebelumnya, Neeza tanya the big boss, "nak masak apa yek hari ni?". Diam kejap. Then dia sambung, "patutlah orang f1lipino tu makan orang kan.. sebab dia dah jemu makan ikan, ayam dan daging. Nak makan bab1 takde pulak kat sini". Heheheh... kisah orang makan orang pun nak tulis gak tu. Tak nak elaborate lah. Memang ada pun kat sini walaupun itu kes terpencil. Orang yang buat kerja tu ada yang dah dipancung pun. Hukum hudud. Full stop. Kalau Neeza sambung cerita, takut Neeza menambah perisa pulak. Biarlah wartawan je yang bercerita :).

Okaylah, nak layan little one pulak. Take care everyone :).

14 comments:

cHeRyNa PiReS said...

kak neeza..sha pun demam nieh...sane takde ba alip ba ya kan...so maybe takde kot H1N1....tp kat mesia nieh ade...huhu...

Kak Elle said...

nampak nya byk yang sakit sana sini skg.

take care

kayteeze said...

Sekarang ni musim la Neeza..... jaga diri, kita kalau sakit boleh tahan lagi, tapi kalau sikecil tu, hmmm....susah laa...

maza said...

pendemik! katanya. so hati2 di jalan raya.. kalau dapat, elakkan daripada berjumpa khalayak ramai.. kira time berkurung lah ni..

huhuhuhu

MULAN said...

eeyyy... ada jgk dpt email citer org bangladesh makan budak arab, siap ada gambar... entah betol ke tak tapi gambar real punya..

Neeza Shahril said...

Sha,

walaupun takde, yang seludup ada je Sha.. dah ada kes mati sebab h1n1 baru ni tau..

***********************************

Kak Elle,

thanks kak..

***********************************

Kak Tie,

at least kita tahu kat mana sakit kan.. sikecik, dia tahu nangis je laa...

***********************************

Maza,

kalau kena perintah berkurung, letih jugak ni.. dah lah pompuan memang selalu terkurung kat sini huhuuuu...

***********************************

Mulan,

kes makan orang yang ni memang isolated. Takde gambar pun sebab ni kes bunuh.. tapi orang yang bersalah dah jatuh hukuman pun..

silversarina said...

Memang kena hati2 sekarang sebab mana2 pun ramai orang sakit, kalau boleh elak dari berada di tempat awam, baik elakkan nak-nak macam neeza yang semua anak masih kecil, tapi neeza kena makan ubat tu .

Nak sup ABC lah jugak :)

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Neeza, semoga cepat sembuh. tapi, sekiranya sakit, jangan dibiar melarat. Lekas dapatkan rawatan.

Pelajar yang sihat di USM Kejuruteraan ini telah diminta pulang ke rumah. Sudah ada beberapa kes penyakit selsema yang digeruni itu. Yang sakit perlu tinggal dan dapatkan rawatan. Manakala kami, apabila buka universiti Khamis ini, perlu teruskan kuliah. Nampaknya mengajar dengan bertopeng kali ini...

Hai! Apa hendak buat? Perlu juga kerap cuci tangan (mungkin setengah jam sekali?)

Doakan rakyat negara kita semuanya selamat menghadapi dugaan bala penyakit yang melanda ini...Amin

manlaksam said...

Makan ubat dan dok diam-diam kat rumah.Semoga cepat sembuh.

Abang Long said...

Hidup mesti diteruskan.

Sakit mesti diubati.

Macam - macam jenis sakit. Tapi yang paling sakit ada dua:

1 - Paling. Rasa sakit.
2 - Sakit hati.

pB said...

BANYOK SUNGGUH YA'KIT LONNI

DEMAE PUN BULEH MATI


JAGO DIRI

kuIna LadyInRed said...

skarang kat hspital pun kena hati2 almaklum la benda merayap dengan angin.. susah nak pastikn.apapn klu dah sakit kena la cari penawar kan.. cari la ubat supaya tak melarat.

noniey alias said...

lawak je ayat big boss tu.. hehehee... dah confius dah nak pilih menu apa..

saya ni pun asyik bersin je dari pagi.. tension.. rasanya resdung teruk lah skrang nih... insyaallah bukan H1N1

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

tu yang Neeza takut nak ke hospital.. banyak penyakit menerawang kat sana..

boleh buat soup tu kak.. senang je..

***********************************

Kak Umi,

susah jugak kan mengajar pakai topeng.. nanti ada words yang akak cakap, students tak dengar. Mungkin kena guna microfon lah pulak kot hehe..

Neeza sama-sama doakan kita semua dijauhkan dari penyakit yang digeruni tu.. InsyaAllah..

***********************************

Pak Man,

InsyaAllah.. neeza akan makan ubat.. tapi dok diam diam tak janji huhuuu..

***********************************

Abang Long,

memang sakit sungguh sakit yang 2 tu.. mohon dijauhkan dari 2 tu.. :)

***********************************

Pb,

mugo2 Ja and kito semo taboh hadapi dugaae ni.. InsyaAllah..

***********************************

Kuina,

makan ubat beli je so far.. dan ubat reka sendiri (herba yang dah sedia ada). tu yang takut nak ke hospital.. ;)

***********************************

Noniey,

ayat tu dia perli orang yang makan orang tu sebenarnya.. heeee.. takut nak cerita..

kalau bersin tu resdung kan.. akak pun ada gak ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin