Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, August 12, 2009

Sesekali Ummi happy ;)



Orang dalam rumah ni (re:my kids and their abah) memang tahu Neeza ni tak pandai masak sangat. Apa yang Neeza masak memang sangat simple dan berulang-ulang benda yang sama. Kalau ada bende remeh yang Neeza masak pun, ianya sangatlah biasa bagi kebanyakan orang. Beberapa hari ni, mood masak bende remeh hilang melayang. Macam mana nak masak kalau bahan-bahannya limited. Peti ais dah banyak hari takde binatang ternakan (ayam, lembu atau binatang laut dalam :P). Memang sengaja tak nak beli disebabkan nak pindah punya pasal lah. Malas nak mengangkut barang-barang basah tu kehulu kehilir kalau tak habis.

Semalam, Neeza masak simple sangat - nasi goreng letak ikan masin sikit. Walaupun nasi goreng tu dipecat oleh seseorang (busuk katanya sebab ada ikan masin), anak-anak Neeza makan dengan penuh selera. At first, Kakak kata dia tak suka nasi goreng (kakak ni memang selalu gitu, dia suka reject dulu). Bila makan, dia bertambah-tambah lagi.

Bila Neeza tanya, "sedap ke?", Kakak dan Coan cakap, "sedap!!!". Tapi ada orang tu cakap, "sedap apa, busuk je..". Busuk tapi rasanya 3 kali lebih kot bertambah. Busuk pun busuk la... asalkan anak-anak kita suka. Sidia tak suka sudah... Masaklah sendiri nasi goreng wangi sembur perfume :P.

Pagi ni, Coan request lagi - "nak nasi goreng macam semalam!". So, pagi-pagi Ummi dah masak nasi. Kejap lagi nak kena masak nasi goreng pulak. Jangan tak jadi cam semalam dah. Since Neeza ni tak pandai masak, my cooking takde quality standard. Kejap jadi, kejap tak jadi. Tawakkal aje lah kan.. :).




14 comments:

l i e y n said...

saya lagi teruk kak neeza!!!

nj said...

neeza...
sedapnya nasi goreng ikan masin...lama betul x buat. Sapa kata ikan masin busuk?? meh sini!!!

silversarina said...

Nasi goreng ikan masin memang sedap, lama pulak tak makan, ikan masin banyak jugak akak beli di KK , boleh jugak try masak nasi goreng ikan masin :)

Yummy Yum said...

sedapnya nasi goreng ikan masin...salu gak buat...tapi tak sedap macam kat kedai la..

Abang Long said...

Masaklah sendiri nasi goreng wangi sembur perfume .

Sedang termenung ni !

cikgu_math said...

nasi goreng ikan masin...bestnya..
CM tak pernah buat, tapi selalu beli kat pasar malam!

aNIe said...

Hahahah...tak menahan nak makan nasi goreng perfume...

Nasi goreng ikan masin memang tip top...baunya tu lah yang menyelerakan...

maza said...

hehehe...maza pun nak citer happy gak walaupun tahu bulan depan mesti doktor yg merawat maza menyinga.. heehe

apa tidaknya, sup ekor telah berjaya maza telan.. huhu .. tu pun azab, kena menyorok2 takut kena syarahan percuma dari bini dan anak2 di rumah..

uhuk! gitew......
wakakakka

Kak Elle said...

kalau cakap tak sedap lain kali ummi tak masak lagi susah kan?...hahaa

Mak Teh said...

Masak lah apa jenis masakanpun. Kalau anak-anak suka masakan kita, itu adalah dorongan. Suatu hari nanti Neeza akan pandai memasak!

Chekgu BaniHassim said...

sapela "orang tu" yea??
kuat komen kan??

tp kdg2, komen tu akan membina..
akan menambaik lagi...
kan?

nak nasik goreng ikan masin lagik ummi!
:)

Nadia Yuna said...

nadia pandai masak
suka masak
masak banyak2 pun xpe
tapi nadia maleh basuh baju

cemana tu?

hehe

=p

Adry said...

Salam ziarah kak...

lama tak masuk sini... harap akak happy selalu... hehehe.. nasi goreng ikan masin masak camna pun tetap akan sedap... asal nasi tak hangus bab ada ikan masin... takble banyak sangat makan... nanti asyik nak marah jak... hehehe... darah tinnggii

Neeza Shahril said...

Lieyn,

tak seteruk akak rasanya.. :)

***********************************

Norma,

tu la kan.. camana lah boleh kata busuk.. sabor je laa..

***********************************

Kak Rina,

akak mesti beli ikan terebuk masin kan.. sedapnya. Masa ayah neeza pergi sana dulu, dia beli sekotak.. pas tu bahagi2.. :)

***********************************

Yam,

mestilah kedai sedap sebab dia letak pak aji hehe..

***********************************

Abang Long,

jangan menung lama2 ya abang long ;)

***********************************

CM,

kalau lah neeza dapat beli je, memang neeza beli je hehe..

***********************************

Kak Anie,

hehe.. tu yang neeza tak paham bila ada orang kata busuk heheh..

***********************************

Maza,

uish.. bahaya tu.. nak makan sup ekor sampai kena menyorok.. lebih teruk dari nak hisap ganja.. ooppss!! over la pulak..

semoga maza sihat selalu..

***********************************

Kak Elle,

hahaha!! bijak betul kak Elle.. memang la.. ummi mesti kata "dah lah.. lain kalu ummi tak buat dah.. " hehe..

***********************************

Mak Teh,

neeza harap sangat neeza pandai masak.. sampaikan anak2 neeza dan abah diorang request neeza masak hari2 heheh..

***********************************

chekgu,

komen tu kadang2 menggeramkan.. tapi dah biasa dah dengar.. jadi macam lagu je hehee..

nasi goreng siap!!!!

***********************************

Nadia,

akak suka basuh baju sebab masuk je dalam mesin.. dia jalan sendiri hehee..

***********************************

Adry,

akak ni cepat pening kalau makan masin sangat.. tapi belum ada darah tinggi lagi la.. kalau boleh tak nak la kan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin