Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, August 9, 2009

Ummi marah?



Bila baca novel, tak dapat tidak, mesti Neeza hujan. Biasa dah macam tu. Banyak sangat empathy dalam diri Neeza kot ;). Semalam, masa baca 'Harum Chempaka' hasil karya Norhayati Berahim, hujan turun dengan lebatnya. Kebetulan Shahmey ada dalam bilik.

"hehehee.. Ummi... marah? Ummi marah? Kenapa... Ummi.. marah?"

Selalunya kalau Shahmey nangis (kes kena marah dengan Abah), Neeza mesti tanya

"sapa buat? Abah marah ya.."

Dia ingat kita refer kat dia kot marah tu. Walaupun dah dibetulkan,

"Ummi nangis lah. Bukan marah"

Shahmey still cakap Ummi marah. Biarlah Shahmey. Besar sikit bijak lah nanti. Tapi novel tu memang syahdu (some parts la). Dah habis pun Neeza baca. Neeza suka novel tu sebab ending dia memang yang Neeza harapkan hahaha!!! Aci tak, belum habis baca, dah selak belakang sekali untuk tahu ending?? huhuuuu.. Ada a few novels lagi Neeza nak baca. Balik baru ni memang Neeza ada beli beberapa buah novel di Kuantan. Sambil-sambil tukar duit yang tak seberapa Neeza tu, sambil-sambil belek novel. Kedai buku tu ada satu corner untuk buat service tukar currency. Orang Kuantan memang tahu sangat kedai tu.

Hari ni nak baca 'Seungu Lavender' hasil karya Kak Umi Kalthum pulak. Baru beberapa chapters. Best pulak membayangkan hidup Kak Umi dalam novel ni :). Novel Seungu Lavender ni bermula dengan kisah sedih. Neeza tak reti nak describe. Sape nak tahu, kena beli lah novel ni hehehe.. Sape yang duduk di Jubail rasa nak pinjam, boleh aje. Bagi tahu ya. Nanti Neeza letakkan kad pinjam macam kat library tu hahaha!! Gurau aje laaaaa...

Idea nak masak dah merundum sebab barang dapur agak limited. Ni kes nak pindah lah ni. Tak boleh stock up peti to the maximum. Makan saja apa yang ada. Sebenarnya macam-macam boleh dimasak tapi biasalah kan, kalau dah vitamin M tu banyak sangat. Tak dapek den nak tolong.. hehehe...

13 comments:

tchersally said...

Amboiii bestnya Neeza sempat baca novel tuuu..Sally sejak ada kids dah tak berpeluang nak baca novel..bukan ape kalau dah start tu tak bole stop..hehe

noniey alias said...

sama macam saya.. kalau baca buku atau tengok movie, mesti nak baca belakang lu.. kalau ending sedih, mesti saya tak baca.. huhuhu

Ainur68 said...

Betul2 minat membaca tu Neeza...tak kira tengah sibuk camner pun sure curi2 baca, lantak anak 10 pun kan...baca tetap baca! Memang kelakar sebab anak2 akan terpinga2 tengok Ummi menangis tak pasal2...pastu ummi boleh tersenyum kat dia orang, lagi la pelik dia tengok ummi dia!

xiiinam said...

Neeza...
Nak pinjam novel...!!


Buat bekalan menunggu waktu berbuka nanti.....

Kak Elle said...

kita sama je mesti tempias punya bila membaca....hahaha

OO said...

sini pun sama..kalu baca novel mesti turun hujan!

Raihah Rosli said...

lama da tk tggl komen...

bestnye dpt bce novel... sy kalo da start bce novel.. bnde lain da x buat... sbb tu ble cuti sem je bleh bce....heheh:)

shahmey ni cute la... kalo dlm psiko dlu sy bljr ... nk tukar term salah yg di gne kan kite pggil asimilasi...btul ke kk neeza? sy da x igt...huhu

Rasyidah Abd. Aziz said...

citer tu mmg best...kita kalau novel melayu memang peminat setia norhayati berahim, selagi boleh mmg buat collection semua novel dia. kalau novel dia, mmg sanggup beli, tapi novel org lain yg tulis sanggup pinjam je hehehe

kayteeze said...

Ehehe....kelakor Shahmey tu...

Kira Neeza betul2 khusyuk , baca dengan penuh perasaan, ekekeke...

yginsaf4 said...

papa jahat.. papa jahat.. sodapp lagu teww.. ahaks

nurie said...

bestnye dpt baca novel...sy klu bc novel, nti x jd sume keje...slalunye baca sinopsis je yg smpt...

Neeza Shahril said...

Sally,

memang susah nak stop sebab tu time neeza baca malam je.. time semua anak dah tido :)

***********************************

Noniey,

akak baca jugak.. kalau ending sedih lagi akak nak tahu kenapa jadi cam tu.. so that justify sikit heheh..

***********************************

Kak Nik,

masalahnya Neeza suka baca benda2 yang macam ni je kak Nik.. yang ilmu tu agak kurang hehe..
memang selalu neeza kena tanya dengan anak-anak, kenapa ummi nangis? hehehh..

***********************************

Kak Lah,

boleh! tapi jauh sangat la nak hantar.. hehehe..

***********************************

Kak Elle,

hati kita ni lembut sangat agaknya kan.. ;)

***********************************

Kak Wani,

hujan tu turun takde ribut pulok tu.. huhuuu..

***********************************

Raihah,

term psycho?? hehee.. akak belajar je tapi banyak yang dah lupa.. boleh dak gitu?? kira boleh je la kannnn.. hahaha!!

***********************************

Syida,

akak ni baru je lagi baca novel.. dulu suka baca Ujang, Gila2 hahaha!!! penulis akak tak kisah asalkan cerita best :)

***********************************

Kak Tie,

memang mengahati sungguh2 tu tau.. :D

***********************************

En Me,

ish ish.. papa mana lah tu yek? hehee..

***********************************

Nurie,

since dah beli mesti kena baca.. kalau tidak rugi hehee..

Abang Long said...

Hari itu memang teringin hendak berikan beberapa buah novel, tapi teringat adakah boleh dibawa beban yang berat dalam kapalterbang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin