Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, September 21, 2009

2 Syawal 1430

Hari ini dah masuk hari raya Aidil Fitri yang kedua buat semua umat Islam yang menyambutnya semalam. Eid Mubarak to all! Tak terlambat rasanya ucapan itu. Ini juga bermakna, telah 2 hari Ramadhan ditinggalkan. Bulan penuh ketenangan telah berlalu. Mungkinkah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan seterusnya? Entahlah. Lagi setahun tu. Dalam setahun, macam-macam boleh berlaku. Masihkah ada nyawa ini ditika Ramadhan seterusnya berkunjung? Sober mood lah pulak. Sesekali kena jugak macam tu untuk mengingatkan diri sendiri. Asyik happy-happy aje. Lupa pulak yang nyawa kita ni hanyalah pinjaman. Pinjaman tanpa interest yang boleh ditarik balik at any time even in a second!

Semalam adalah Syawal pertama bagi Neeza dan keluarga di negara asing tetapi penuh barakah ini. Di pagi raya, masih belum terasa kesayuan. Neeza dan Abang sangat bersemangat untuk pergi menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Bukan rezeki kami untuk berjemaah. Bila tiba sahaja di kawasan masjid, ramai orang berderu keluar. Dah selesai! Sabar ajelah. Solat sunat Aidilfitri di buat 10 minit selepas syuruk. Semalam subuh habis 5.27 pagi. Maknanya, 5.37 pagi mereka dah mulakan solat sunat. Kami pun balik. Dalam perjalanan balik, jalanraya sangatlah lengang. Berbeza dengan kampung2 di Malaysia. Rakyat disini memang tak berapa berkunjung sangat. Mungkin juga mereka balik kampung.

Pagi semalam, kami menerima 2 orang tetamu melayu - Pok Li dan Md Nor, kedua-duanya kawan abang. Mereka bujang sekarang (keluarga di Malaysia). Jadi, rumah kawan-kawan yang tak 'bujang' lah tempat mereka berhari raya. Bagus jugak. At least terasa jugak sedikit suasana hari raya tu.

Selepas pada tu, Abang ke plant. Ya, dia kena kerja atas arahan management. Neeza dan anak-anak duduk rumah sajalah, buat hal sendiri-sendiri seperti makan, main basikal (budak-budak lah... bukannya Neeza) dan tidur! Hahahaha!!! mesti masuk list tu.. Disamping itu, ada juga sesi fotografi anak-anak. Ummi dah malas nak masuk gambar. Dah tak berapa nak makan dek gambar heheee..

Petangnya, barulah 1 group tetamu lain tiba - Kak Sharimah dan keluarga, Kak Aishah dan As. Alhamdulillah. Meriah sikit lagi rumah kami. Malamnya, kami pulak membuat kunjungan balas ke rumah Kak Sharimah. Then, kawan Abang, Solleh call. Kami kesana pula. Dah malam sangat. Kesian Nor dan Kak Ani terpaksa melayan kami. Semoga Allah memberkati hidup kawan-kawan yang sudi menerima kunjungan kami.

Hari ni, InsyaAllah ada tamu akan datang petang atau mungkin malam. Kesian jugak pada tetamu. Terpaksa tunggu petang atau malam sebab pagi Abang kerja. Kalau Abang takde, tak best pulak diorang datang. Nanti suami masing-masing kebosanan... ;).

Hmmm... dah nak masuk Zohor rupanya. Cepatnya masa berjalan. Okaylah. stop writing. Gotta visit the hammam ;).










17 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Dear Neeza,

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430 H kepada Neeza sekeluarga dari kami sekeluarga di Ipoh, Perak.

Dok melengung...cucu-cucu sudah balik ke selatan...tunggu masuk ofis balik semulalah nampak gayanya....

Apakan daya...

Maaf zahir batin, Neeza...

Pp said...

selamat hari rayafor Neeza dan famili.

maaf zahir batin!

takkan anak2 jer bergaya...mana gambar mak dan ayah nya??
:-)

cHeRyNa PiReS said...

bila baca posting nieh, teringat plak masa mula2 sha 'terjumpa' blog kak neeza...dgn model2nye...dgn gambar2 dan cerita2 makanannye...adehh...windu betul:)

sekurang2nya kak neeza ade yg nak mengingati...mungkin takkan dpt replace keluarga. tp tetamu tu kan rezeki jugak kan?

selamat hari raya, maaf zahir batin:)

Neeza Shahril said...

Kak Umi,

neeza boleh rasa perasaan akak tu walaupun neeza belum ada cucu ;)
sabarlah kak..

Selamat Hari Raya untuk akak sekeluarga ya.. nanti akak pasti ceria dengan kerenah students hehee..

***********************************

Pak Payne,

Selamat hari raya Pak Payne dan keluarga juga.. maaf zahir batin..

mak dan ayah tak cukup comel untuk bergambar.. heheh..

***********************************

Sha,

tu tahun lepas Sha... tahun ni satu gambar makanan pun takde untuk Ramadhan.. tukar angin kot.. :)

Alhamdulillah.. tetamu datang bawak rezeki kan Sha..

Selamat Hari Raya Sha.. maaf zahir batin..

nurie said...

Walaupun di perantauan, best gak bila raya ada kunjung mengunjung kan...takla rasa sunyi je raya di tmpt org.

Nadia Yuna said...

Salam kak neezaku sayang,

selamat hari rayaaa. huhu. ucap kat sini pulak. =p

kakak, baju gegirls kakak lebih kurang macam nadia la. bezanya cuma nadia pakai saiz L heheh =p

nj said...

neeza...
Selamat HAri Raya...best gak dpt jenjalan raya ye...Norma ada 3 hari lg kat sini...InsyaAllah nanti boleh datang raya ke rumah Norma pulak ye...

kuIna LadyInRed said...

terkesima sat dgn into en3 nie...

anak2 neeza menceriakan hari raya kan...

silversarina said...

Dapat kunjung mengunjung sesama rakan , terasa juga raya di perantauan , kuih raya banyak tu dan dengan keletah anak2 comeltu akan buat neeza ceria jugak .

cikMilah said...

Meriah juga raya Ja tu.. anak-anak comel dan kunjung mengunjung lagi...Salama Aidilfitri dari kakcik sekeluarga.

aNIe said...

Neeza...anak dara tu dah pandai bergaya ye...Manis aje dia berbaju kurung...

ibusinga said...

salam aidilfitri Neeza..
dah besar dah Meyyah ya..
seronok Raya ?

Abang Long said...

Salam Lebaran.

SELAMAT HARI RAYA.

Jangan lupa malam ini ... di Blog Abang Long :)

manlaksam said...

Comel-comel belaka!

Tie said...

Selamat hari raya Neeza..

Dah besar sikecil rupanya.....

xiiinam said...

Maaf zahir dan batin....


Salam Eid...

yginsaf4 said...

salam aidilfitri maaf zahir bathin akak neeza ittewww

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin