Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, September 7, 2009

Jadi petani lah pulakk..



Hampir 4 hari Neeza tak update blog. Neeza berhibernasi di satu kampung yang sunyi dan terpencil tetapi meriah dengan bunyi-bunyian binatang ternakan. Suasana kampung yang damai dan kehijauan dengan pokok-pokok yang tumbuh segar memang menyamankan setiap mata yang memandang. Dimana tu?

Di Farmville!!!

Heheee...

Seronok pulak dapat bercucuk tanam dengan click click saja ;). Ada hasil tanaman yang dah boleh dikutip hasilnya dalam masa 2 jam saja. Pokok labunya pulak membuahkan hasil yang sangatlah digemari - besar sungguh labunya, kuning menyerlah lagi tu. Strawberrynya merah menyala, besar-besar. Kalau beli kat kedai, mahal tuuuuu...

Tapi kan, kalau lah betul benda tu terjadi di alam realiti, mahu tak tidur pakcik makcik petani. Bayangkanlah, nak kena kutip hasil tanaman setiap 2 jam. Kalau tak kutip, maka akan buruklah hasil tanaman berkenaan. Jadi, sia-sialah modal yang digunakan untuk menggembur tanah dan menyemai biji benih.. huhuuu...

Tak faham ke entry ni? Kalau tak faham tu maknanya anda bukan berada di horizon yang sama dengan Neeza. Takpelah. Tak masuk exam pun...

23 comments:

cHeRyNa PiReS said...

sha pon pernah kemaruk main farmville dan farmtown...tp skang dah tak byk masa sangat.

mmg mengasyikkan...ada masa sampai lupa sha nak berblogging...ehehehe..

::ADleez:: said...

teruskanlah bercucuk tanam tuuuu..
klu ade lebih sedekah ler kat area water tank nihh...x la ssh2 nak p cr sayur kt panda....hehhehehhe

chekgu BaniHassim said...

terperuk dgn kuasa PC ker??
huhuh...

takpe, sekali skala ape salahnye...

jgn terlupe tanggungjwb penting kpd keluarga dan kpdNya sudah laa....

silversarina said...

Boleh jadi tokeh sayur kat Jubail ..hihi.

l i e y n said...

cheh...ingat kan kak neeza betul2 bercucuk tanam...
rajin melayan mende tu ekkk

cikgu_math said...

kak zan tak terlayan lagi kebun tu..... takut tak terbuat kerja lain!

zany said...

sorang lagi berjangkit

nj said...

neeza..
norma belum cuba lagi farmville tu...asyik main benda tu ye...kalau dah banyak dituai...pas le kat apartment kuning ni tau :)

cikMilah said...

I am addicted too.. tapi kena kawal diri kalau tak keja tak menjadi..

maza said...

org rumah maza dan anak yg berumur lima tahun itu pun dah mabuk dgn game.. heheheheh

sampai adakalanya dapur pun tak berasap. terpaksa lah anak beranak berangkut ke kedai mamak..

alahaiii.. gasaklah

ibusinga said...

ekekekeke...
ingatkan berkebun kurma ke...
dok maen game rupa2nya...

jane said...

salam ramadhan buat neeza dan keluarga nun jauh disana,

hehe...akak pun kemaruk farmville. tapi, x pandai2. memang bengong sikit bab2 games ni.

Nadia Yuna said...

seronoknya kak neeza main fb eh. hehe. nadia sampai la tak reti & tak pernah main game kat sana. huhu

Adry said...

memang best farmville ni... dulu minat giler.. hehehe

maklang said...

tak penat ke neeza..berpanas bercucuk tanam masa puasa...he..he...semoga menjadi petani yang berjaya...

nampak2 macam ramai yang berjaya tu...:)

noniey said...

game dalam fb ke?

manlaksam said...

Ada nampak tak kambing Pak Man yang terlepas semalam?. Mana tau kalau-kalau merayau lepas ke sana.

#Jangan lupa nak masak dah laa.

sweetbie said...

kita pun lemaruk duk main benda alah tu..memang best bercucuk kalau la duit tu betul2 lepas utang belajar hehe..btw add kita jd jiranmu..sweetbie47@gmail.com..thanks

MULAN said...

rajin jugak ber-fb tapi tak berkesempatan nak bercucuk tanam..

Neeza Shahril said...

Sha,

akak ni murid baru belajar.. addicted habis.. tapi nanti pasti merundum jugak satu masa.. macam blogging ni jugak ;)

***********************************

Leez,

nanti ya.. kalau dah masak semua sayur, akak hantar.. boleh lah buat kenduri huhuu..

***********************************

Chekgu,

sekali sekala.. sebab tu lah blog terbengkalai.. kena pilih satu je.. kalau tidak keluarga sekali terbengkalai.. ish ish.. ;)

***********************************

Kak Rina,

tu la.. the 1st tokey sayur pompuan hehee..

***********************************

Lieyn,

ni lah game akak.. anak2 pun jealous hahaha!!!

***********************************

Kak Zan (CM),

akak takleh.. nanti ada kertas peksa tak sempat tanda.. hehee..

***********************************

Kak Zany,

hehee.. akak pun jangkit gak nanti :P

***********************************

Norma,

boleh sajaaaa... terung dah masak nanti, neeza hantar ya.. ada strawberry nanti, neeza hantar jugak.. :D

***********************************

Kak Cik,

benda ni sangat bahaya untuk orang macam kak cik.. nanti coklat cair ditangan hehee..

***********************************

Maza,

wahhh!!!! sangat sporting gitu.. sanggup biarkan diorang main game sampai tak masak..

psstt.. kalau neeza mesti kena cubit dah tu.. (neeza lah yang kena :D)

***********************************

Ibusinga,

bertuah sungguh nak berkebun kurma.. pandang pokok kurma kat tepi jalan pun dah penat.. hehee..

Neeza Shahril said...

Kak Jane,

neeza pun merangkak2 gak.. tapi takpe.. belajar sendiri sikit2 lama2 pandai hehehee..

***********************************

Nadia,

game ni nadia takleh main.. nanti student datang nak kaunseling, nadia dok teringat nak petik sayur pulak huhuu..

***********************************

Adry,

maknanya dah lama game ni. akak je lah yang tak tahu hehee..

***********************************

Maklang,

yang bestnya, neeza bercucuk tanam dalam aircond.. sejuk je.. hehehee..

***********************************

Noniey,

yippe yupp!!!

***********************************

Pak Man,

kambing Pak Man color hitam ke? ada.. neeza dah ambik jadi adik angkat.. hehehe..

***********************************

Sweetbie,

kini.... kau jiranku :)

***********************************

Mulan,

jangan mula nanti addicted hehee..

kuIna LadyInRed said...

petang nie kutip sayur tu masak utk berbuka ya...

hebat betul 'mukabuku' tu ya

maza said...

huhuhu.. jgn lupa, makan kat kedai mamak tu pun sebenarnya denda.. campur perli tu..

denda dgn org rumah kena bayar kos makan kat kedai.. heheehhe

hentam ajelah kanzz.. hehehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin