Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, October 18, 2009

Buat baik dibalas baik.... ?


Wow! Nampaknya dah 3 days in a row Neeza update blog hari-hari. Ada improvement ni. Actually, I've tons of things in my mind. Cuma tunggu masa saja nak keluar. Kalau takde orang nak diceritakan, disinilah tempatnya.

Tengah masak tadi, Neeza teringat beberapa benda yang Neeza baca lately. Tak kiralah di fb ke, di blog ke or even online news. Kisah anak dan ibu. Hubungan antara anak dan ibu. Ada ibu buang anak - letak atas kereta, kat masjid dan tempat-tempat orang ramai. Dia mungkin sayang anak tu tapi dia tak dapat nak jaga. Wallahualam. Kita tak tahu kenapa dia buat macam tu. Biarlah Allah saja yang menghukum kan.

Ada juga kisah anak yang derhaka pada ibu sendiri. Di blog seorang kawan cyber Neeza, Kak Cik Milah, ada cerita tentang office mate dia yang marahkan maknya pasal sesuatu. Nasib juga kawan Kak Cik tu dapat kawan macam dia. Keadaan yang keruh nampaknya jernih kembali. Alhamdulillah.

Bila cerita pasal hubungan anak dan mak ni, ada antara kita yang mempunyai kisah tak menarik sewaktu dulu. Kisah yang tak menarik disini mungkin kisah anak-anak tak dijaga dengan sempurna oleh ibu masing-masing. Mungkin juga ibu masing-masing selalu marah, pukul atau yang sewaktu dengannya. Jadi, bila anak-anak ni membesar, mereka menyimpan perasaan marah atau mungkin lebih teruk lagi dendam pada ibu tersebut.

Soalan - wajarkah? Disebabkan ibu tidak melayan dengan baik, dia tidak perlu melayan siibu dengan baik. Siapakah kita untuk tentukan layanan ibu kita perlu tip top? Sebelum Neeza meneruskan ayat-ayat seterusnya, Neeza kena declare yang Neeza menulis untuk diri Neeza sendiri. Peringatan ini adalah untuk diri yang lagha ini. Nobody's perfect. Me too. Neeza pernah melukakan hati Ma... ampunkan Ja Ma. Mungkin Ma tak baca blog Ja tapi Ja nak mulai dari sekarang, Ma selalu berbangga mempunyai anak bernama Ja ni... InsyaAllah, Ja tak akan buat Ma bersedih lagi seperti yang pernah Ja buat suatu ketika dulu...

Ada anak yang mengharapkan ibunya tatkala susah saja. Ibu diperlukan untuk menjaga anak. Tapi bila ibu tersilap sikit dalam menguruskan anak, tengking herdik yang dibalas. Nauzubillah... Ada anak yang menggunakan ibunya untuk memasak dirumah disebabkan anak itu bekerja. Bila ibu nampaknya menggunakan lebih sikit bahan dapur, ibu dimarah sebab tak pandai berjimat cermat. Nauzubillah... Kadang-kadang ibu masak didapur kita yang bersih lagi suci (kononnya la). Dapur ibu dikampung tak lah sebersih dan secantik dapur kita. Jadi, ibu takdelah nak mengilatkan semula dapur kita. Anak pun buat muka masam mencuci dapurnya sambil mengomel-ngomel. Kecik hati siibu. Tapi, siibu tak bagi tahu sesiapa pun. Dia simpan saja dalam hati. Hanya Allah yang tahu. Sedih kan...

Kalau lah kita ditempat ibu berkenaan dan anak kita pula yang buat macam tu, bagaimanalah agaknya. Perfect sangat ke kita menjaga anak? Bila dah beranak pinak ni, Neeza perasan bukan senang nak jaga anak. Bukan senang nak memuaskan hati anak-anak. Neeza pun ada marah anak dan ada jugak pukul anak. Sama je lah Neeza dengan ibu-ibu lain kan. Jadi, Neeza tak boleh nak kata, Neeza lah yang paling pandai mendidik anak. I'm far from perfect!

Setiap ibu ada alasan sendiri mengapa dia membuat sesuatu semasa anaknya kecil. Anak yang dah besar tak sepatutnya mempersoalkan apa saja yang dibuat sebab dia tak berada disituasi siibu. Kalau ada yang tak faham apa yang Neeza tulis, ignore saja sebab entry ini khas untuk diri Neeza sendiri...

Kesimpulan yang Neeza nak buat pada entry ni ialah, walaupun kita tak dilayan dengan baik oleh sesiapa jua, kita perlu melayan mereka dengan baik. Islam mengajar kita macam tu kan. Dan rasanya semua agama pun sama. Buat baik dibalas baik tu betul lah.. tapi buat jahat dibalas jahat tak sepatutnya berlaku, selagi kita waras... InsyaAllah...




Notes: tak jadi lagi entry bahrain.. takpe.. tengok esok pulak :P

5 comments:

Kak Elle said...

saya pun dua hari berturut2 update kalau nak buat tu mcm malas skg...

silversarina said...

betul kata neeza, bila dah kadi ibu, baru tau bukan mudah nak mendidik anak2, sebenarnya apa yang ibu kita dan kita lakukan adalah semata-mata demi kebaikan anak2 jugak .

cHeRyNa PiReS said...

kalau dah pernah memikul susang senahg bersama ibu, insyaAllah kita akan sentiasa ingat. Ntahlah, setakat nieh sha hanya fikirkan, "macam mana hidup tanpa ibu?"

tp, bila sha buat macam tuh, ade gak org tuduh sha anak manja, sikit2 ibu. sbb dia, bila dah berkeluarga...takde nak balik rumah mak sangat sbb dah ada keluarga sendiri. dia kata, "buat apa? ada anak2 sendiri utk diurus. bukan tanggungjawab aku lagi. syurga aku ada pada suami."

nak cakap macam mana kak neeza, kalau mentaliti begitu?

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

ni time rajin je nih :D

***********************************

Kak Rina,

betul kak.. sekarang baru neeza faham.. lambat sungguh nak faham kan.. tapi takpelah, dari tak faham langsung hehe..

***********************************

Sha,

akak rasa kan Sha, dia tersilap faham tu. Betul lah syurga bawah tapak kaki suami tapi bukan beerti kita kena ignore ibu yang melahirkan kita. Tanpa ibu, takdelah kita didunia ni kan...
Kena juga jaga hati ibu dan ambik tahu serta ambik berat... selagi suami tak membantah..

Ainur68 said...

Betul 3x...bukan senang nak mendidik anak. Kengkadang kita jer tahu alasan mengapa kita mendidik anak cara berbeza diantara satu sama lain. Kalau anak2 kecil tak susah sgt, tapi tunggu bila anak tu besar dan mempunyai pendirian dan pendapat sendiri!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin