Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, October 18, 2009

Suatu ketika dulu


Lebih kurang 9 tahun dulu (tapi bukan tarikh hari ini), seseorang mengajak Neeza untuk keluar makan. Kononnya nak celebrate our first anniversary of marriage. Kami tak berdua. Kami bertiga. Yang ketiga tu baru berumur kira-kira 3 bulan (Sophea lah tu). Dia tanya Neeza, nak makan kat mana. Neeza bagi lah idea dan Neeza tambah lagi idea tu dengan mengajak adik ipar Neeza sekali (cait!!! tak romantic langsung hehee..). Sesaje je sebab tempat makan yang Neeza suggest tu dekat dengan tempat tinggal adik ipar.

Malam tu, kami sangat excited untuk keluar makan. Of course lah excited. It was our anniversary. Lagipun Neeza cuma dapat jumpa Abang weekend saja. Kiranya, weekend wife lah hahaha!!! Abang di Kuantan dan Neeza di USJ semenjak kami kawin lagi.

Sesampai saja di tempat makan, kami pun cari tempat duduk. Neeza yang tak pernah beranak ni dengan selamba mintak high chair nak letak Sophea. Sabor je lah.. Budak umur 3 bulan nak duduk atas high chair! Duduk pun tak reti lagi masa tu. At last, tak jadi ambik sebab Abang kata, tak payah hehee.. Dalam pada dok order, Sophea merengek. Okay lagi. Tak lama lepas tu makin kuat lah pulak dia merengek. Bukan merengek lagi, dah masuk tahap meraung. Orang kiri kanan dah jeling-jeling dah. Ada kedengaran kata, tak elok bawak budak kecik kesini (lebih kurang gitu lah). Memang tempat kami duduk tu betul-betul di atas laut. Laut kan sinonim dengan.... sambung sendiri lah ya.. Budak kecik kan boleh tengok benda-benda yang kita tak nampak.

Bila food sampai, kami memang tak dapat nak makan. Tahap jerita Sophea dah tak dapat ditahan lagi (telinga kami lah tak leh tahan... Telinga Sophea tahan je sebab kalau tidak dia tak menjerit :P). Then, kami decide untuk tapau the food. Last-last, makan kat mana?? Makan kat rumah adik ipar Neeza.... hehehee... Sophea pun tak nangis lagi. Elok je dia tidur. Settle lah our anniversary dinner hahahah!!!

2 comments:

Kujie said...

Neeza, bkn je laut yg tak bape sesuai bawa budak2 umur mcm tu ( 3-1thn ) kt mana2 pun..tambah2 bila malam.

budak tu ambtibodi tak kuat, kt luar tu ada mcm2 parasit.



tapi bila dah besar ( 7-15thn ) bawa anak keluar pun ada masalah juga..nengok 'hantu pelesit' yg kepala hitam tu...adoihai...tatau mcm mana nk xplain kat anak2.

cHeRyNa PiReS said...

hmmm...biasalah kak neeza, kalau dah bawak budak itulah pengorbanannye...

ibu sha pernah cakap, kalau keluar dengan anak kecik...ussahlah sikit nak makan bersama. tp itulah harga yang kena dibayar bila dah jadi parents:)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin