Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, November 16, 2009

Kakok, nak kek!

Happy Birthday to you.. Happy Birthday to you..

Kakokkkkkk.... balik shini...

Afir lah datang sini..

eh.. tak boleh.. arab jauh..


Neeza tahu dia malu lah tu bila Neeza nyanyi Happy Birthday untuk dia di telefon tadi. Terus tukar topic. Tak habis-habis dia mintak Neeza balik sana. Bila suruh dia datang, tau pulak dia arab ni jauh.. Macamlah kalau Neeza balik, jadi dekat. Afir... Afir..

Kakok sibuk lah Afir. Balik sekolah baru sempat nak buat entry ni. Tapi takpe. Afir tak marah kan :).

Hari ni genap umur Afir (Mohd Firdauz) 23 tahun. Kalau remaja lain, tentu dah kemana-mana dah. Mungkin ada yang dah kerja dan tinggal sendiri. Tapi since Afir ni anak istimewa dan adik istimewa Neeza dan adik-adik, dia masih tinggal dengan Ma.

Setiap kali birthday Adik (Afir) - well, tak birthday pun sama jugak... Afir mesti mintak cake. Dia suka cake especially cake yang ada chocolate rice. Kadang-kadang, kalau order cake, kami purposely suruh letak chocolate rice lebih-lebih sikit kat tepi, kat atas. Selalu jugak Afir akan makan bahagian yang ada chocolate rice tu saja.. hehe.. ngelat kan. Tapi takpelah. Anything will do for you Afir :).

Kakak doakan hidup Afir selalu bahagia disamping orang-orang yang menyayangi Afir. Kakak juga berharap agar tiada lagi orang yang suka mempersendakan dan main-mainkan Afir. Kalau mereka tu sengaja, semoga mereka mendapat petunjuk dari Allah. Yang pasti, Kakak harap Afir akan sentiasa menjadi penghibur untuk Ayah, Ma, Kakak dan semua...



5 comments:

zany said...

dekat2 tarikh lahir family neeza.

Happy Birthday Afir.

maza said...

maza juga ada anak sedara istimewa tiri ini..

walaupun jarang bertemu dan tak berapa rapat, anwar masih ingat lagi nama sebenar kami...huhuu

skrg ini pun umurnya sudah mencecah 29thn...

semoga berbahagia Afir!
selamat ulang tahun!

aNIe said...

Happy Birthday buat Afir...semoga afir akan sentiasa bahagia bersama insan2 yg menyayanginya...ameen...

Nadia Yuna said...

setiap kali tengok afir, teringat anak2 murid pendidikan khas di SMK SERI DAMAI kuantan dulu. tenang je tengok diorang ni =)

selamat hari lahir afir. moga dipanjangkan umur penuh keberkatan =)

l i e y n said...

happy birthday afir!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin