Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, November 21, 2009

Permudahkan lah urusan kami Ya Allah..

InsyaAllah, tinggal 2 hari lagi, kami akan berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami didalam menjalankan ibadah ini. Semoga Allah memelihara anak-anak kami yang ditinggalkan di Jubail bersama sahabat-sahabat kami yang berhati mulia. Terima kasih sahabat. Hanya Allah yang dapat membalas budi kalian setimpalnya.

Kepada rakan-rakan blog yang membaca blog Neeza (tak kiralah pembaca tegar atau tak tegar), Neeza mohon maaf atas segala kesalahan sekiranya ada. Tak kiralah kesalahan besar ataupun kecil. Neeza tahu, mungkin ada yang kecil hati sebab Neeza tak jenguk pun blog mereka. Masa Neeza sekarang sangat kurang. Neeza tak boleh duduk lama depan laptop untuk membaca entry-entry menarik tu. InsyaAllah, kalau keadaan mengizinkan, Neeza akan jenguk lama blog kawan-kawan nanti. Halalkanlah juga makan minum sekiranya ada.

Neeza bukan maksum. Neeza banyak berbuat kesalahan. Maafkanlah Neeza dengan hati yang tulus ya.

Neeza ada belajar, ada satu golongan yang akan 'bankcrupt' apabila tiba di akhirat esok. Mereka ialah golongan yang banyak amalannya kepada Allah tetapi tidak menjaga hubungannya sesama manusia. Mereka mungkin ada menyakitkan hati sesama manusia lain, mengata dan mengutuk atau mungkin juga berhutang dengan mereka. Jadi, pahala-pahala amalan mereka akan diberikan kepada manusia lain berkenaan. Neeza tak nak termasuk dalam golongan itu.

Perjalanan haji satu perjalanan yang berat. Kita tak tahu apa akan terjadi kepada kita. Sebelum Allah 'menjemput' Neeza secara rasmi, Neeza seboleh-bolehnya ingin menjernihkan semua kekeruhan sesama manusia sekirannya ada. Ampunkan aku Ya Allah. Maafkan lah Neeza ya kawan-kawan.

Doakanlah perjalanan Neeza, suami neeza dan kawan-kawan Neeza yang lain dari sini dan juga semua jemaah haji dari mana juga tahun ni lancar dan selamat. Doakanlah kami beroleh haji mabrur. Ameen....

Labbaikallahummalabbaik!!!


25 comments:

miss cloudy said...

saya doakan semuanye selamat dan akak n suami serta anak2 yg ditinggalkan selamat semuanyer..

cHeRyNa PiReS said...

selamat berangkat kak neeza. semiga memperoleh haji yang mabrur.
sha pun nak mintak maaf kat kak neeza dan keluarga jika ada salah dan silap.

Abang Long said...

Salam wahai Neeza.

Dengan penuh pengharapan, tolong doakan semoga Abang long dan famili sihat, dan Abang long mendapat kerja. TOLONG ya.

aNIe said...

Neeza...akak doakan semoga dipermudahkan perjalan Neeza dan mereka yang akan mengerjakan haji...agar mendapat haji yang mabrur...

zany said...

Neeza, akak doakan neeza sekeluarga selamat segala-galanya di sana dan mendapat haji mabrur. Doakan juga moga-moga kami sekelurga cepat menyusul Neeza menunaikan ibadah haji atau menjadi tetamu Allah.

cikMilah said...

Ja, selamat bertamu ke rumah Allah. Semuga semuanya di permudahkan dan mendapat haji yang mambur..

silversarina said...

Safe journey buat kalian semua !!

Semoga selamat mengerjakan ibadah haji dan beroleh haji mabrur.

zino said...

semuga selamat pergi selamat mengerjakan ibadat haji dan selamat kembali..

Ainur68 said...

Amin!

Kak Elle said...

selamat berangkat neeza. semoga memperoleh haji yang mabrur.

Edira Azreen Mustapha said...

Salam...

Saya juga nohon maaf jika sepanjang perkenalan kita,ada perkara yang mengguriskan hati kak neeza.semoga selamat pergi dengan membawa pulang haji yang mabrur....

l i e y n said...

semoga kak neeza n abg shahril dianugerahkan haji mabrur!!!!
amin...
doakan kami semua sentiasa berada dalam kebahagiaan dan jauh dari segala kecelakaan....
maaf juga atas segala kesalahan lieyn kepada kak neeza selama ni...

Nadia Yuna said...

moga dipermudahkan segalanya kak neeza. kalau jumpa papa n mama. agak2 kenai dak. huhu. jaga diri kak neeza sayang.

m.q said...

semoga selamat dan mndpt haji mabrur

Dr Ezura said...

semoga mendapat haji mabrur...baby ikut ke kak..?masih breastfeed lg..?

tulipurple said...

sis neeza,moga semua lancar dan selamat,penuh barakah..insyaAllah,haji mabrur yg bakal dianugerahi-Nya.

Adry said...

wow.. bestnya... slamat menunaikan haji... smoga dapat haji yang mabrur insyaAllah... amin

Umi Kalthum Ngah said...

Dear Neeza,

Semoga memperolehi haji mabrur....Amin

maklang said...

By the time akak baca entry neeza ni, agaknya Neeza tengah melontar kat Mina...semoga semuanya berjalan lancar...


( maaf sebab terlewat nak ucapkan selamat...tapi moga2 semuanya dipermudahkan...Amin...)

noniey said...

moga dipermudahkan segala urusan di sana

kuIna LadyInRed said...

salam neeza.. moga semua dipermudahkan..

MULAN said...

insyaAllah.. kami sentiasa mendoakan kesenangan muslimin muslimat yg mengerjakan haji..

maza said...

selamat hari raya korban hajjah! huhuhu

moga2 hajjah neeza mendapat haji mabrur..

nurie said...

rasanya belum terlambat untuk saya ucap tahniah kerana telah menjadi jemputaNya pada usia muda. Semoga segalanya telah terlaksana dengan lancar dan selamat serta beroleh haji yang mabrur. Ameen...

en_me said...

salam akak nieza tewwww..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin