Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, December 9, 2009

Hari yang suram itu tiba jua...

Many times Neeza rasa guilty bila baca comment dari kawan-kawan blogger sebab dah lama Neeza tak menjenguk blog-blog kawan-kawan. Neeza lebih suka kalau pembaca jadi silent reader je. At least Neeza rasa takde orang baca blog Neeza. Masa memang tak banyak untuk Neeza lately. Mungkin sebab masa tu di spend ke tempat lain. Lagipun, masa untuk Neeza surfing internet sangat limited. Bila Sophea balik sekolah, dia pulak akan guna computer. Selalu ada homework dia kena surf internet. Kalau tak surf pun, kena buat power point dan yang sewaktu dengannya.

Entry kali ni agak suram sebab tuan punya blog dalam keadaan yang bermuram durja. Alhamdulillah! Itu lah yang patutnya Neeza ucapkan. Tak baik mengeluh. Neeza patut think positive. Setiap kali Allah memberi sakit kepada kita, maka gugurlah dosa-dosa kita, kalau kita redha dengan sakit yang Allah bagi tu. Semoga Neeza redha. Semua tu Allah yang baca. Tak guna Neeza tulis panjang lebar untuk bagi tahu kat semua orang. Pointless sebenarnya. Apa yang ada dalam hati kita, hanya Allah yang judge sebab dia lah yang menentukan dosa pahala kita.

Neeza bersyukur sebab balik dari Mekah baru ni, Neeza sihat. Alhamdulillah. Bila start sekolah, Neeza attend classes, sampaikan ada kawan heran, kuat betul Neeza. Sesungguhnya, Neeza cumalah hamba Allah yang lemah. Sakit itu tiba jua, tak cepat, lambatlah.. heheh.. well, Neeza boleh lah kata, cuaca di Jubail ni sejuk sekarang. Sebab tu lah Neeza tak tahan. Hellooooo!!! no reasoning okay... kalau Allah nak bagi sakit, sakit juga. Kenapa orang lain takde masalah pun dengan cuaca. At least, tak semua. Ada orang okay je. Neeza tengok, ada kawan-kawan sekelas sangat sihat bila tiba winter ni. Subhanallah!! itulah kuasa Allah kan..

Kenapa yek? Bila badan sakit (muscle pain), nose blocking, kepala pening, barulah kita (me actually!) nak ingat Allah. Masa sihat, amat jarang kita ingat Allah. Masa sihat, kita tak perasan yang kita banyak dosa. Sebab tu lah kita tak sedar yang Allah juga menguji kita masa tu. Tak kiralah, masa sihat ke, masa sakit ke, semua tu ujian dari Allah sebenarnya. Semoga Neeza dan kawan-kawan Neeza tabah dalam menghadapi ujian Allah.

Anyway, Neeza bersyukur pada Allah sebab dikala Neeza sakit, anak-anak Neeza okay, Alhamdulillah. At least, hati Neeza happy bila tengok anak-anak Neeza riang gembira. Senyuman mereka boleh mengubat kesakitan yang Neeza rasa. Alhamdulillah...

8 comments:

pB said...

Salam Ja

syukur sebab Allah bagi kemudahan dan kesempatan buat Ja suami isteri menunaikan haji.

Kak Da harap Ja cepat sembuh. Miss You

ibusinga said...

alhamdulillah...
neeza dah selamat balik..

cHeRyNa PiReS said...

semoga cepat sembuh kak neeza. sha lega sangat kak neeza baca posting sha hari nieh sebab the last time kak neeza masih blogging hari2, sha bercakap pasal topik yang sama.

sha ingat pesan kak neeza.
tiba2 tergerak nak buat posting tu arinieh.
tiba2 nampak kak neeza komen.
happy sangat!!!

semoga kak neeza cepat sembuh.
miss u:)

tulipurple said...

bkn sis sorang,sy pun sama gak..bila dah sakit baru beringat :)..moga sis cepat sembuh.
wahhh bdk zaman skrang,junior school lg dah kene wat pwrpoint bagai.

en_me said...

salamm akak neeza dr me dikejauhannns.. kita kawann kannns, ehehe

maza said...

huhuhu

kengkawan kat sini semua doakan neeza agar cepat sembuh dan kembali bersemangat semula. huhuhuhu

Tie said...

Janganlah sedih-sedih Neeza... kang naik berkedut pulak, hehe...

Kak tie ni baru je sembuh. Tu yang rasa happy.. baru terasa nikmat tika sihat. Tak pe laa... banyak-banyaklah berehat. Bila sihat nanti boleh rempit ke blog teman-teman.

aNIe said...

Salam neeza...alhamdulillah...walaupun sakit dan kurang sihat...tapi Neeza masih berupaya...ada nikmat & hikmahnya tu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin