Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, December 18, 2009

Jauhilah bidaah..

Sebelum Neeza meneruskan wordings seterusnya, perlu Neeza ingatkan bahawa isu ini mungkin sensitif bagi sesetengah orang. Kalau nak baca, baca. Kalau tak nak baca, takpe. Tujuan Neeza menulis adalah untuk melaksanakan tanggungjawab seorang muslim terhadap saudara muslimnya yang lain. Takut juga diakhirat esok, Neeza dipersoalkan diatas perkara yang Neeza tahu tapi tidak disampaikan pada orang lain. Semoga Allah memelihara setiap perkataan yang Neeza akan tuliskan nanti. InsyaAllah...

Ramai yang tahu dan sedar bahawa hari ni dah masuk 2 Muharram. Semalam ialah 1 Muharram. Betul, semua orang tahu 1 Muharram menandakan masuknya bulan hijrah yang baru. Bila sebut hijrah, ramai yang tahu penghijrahan Nabi s.a.w dari kota mekah ke kota madinah dan ketika itulah tahun hijrah bermula.

Persoalannya, adakah disyariatkan untuk kita menyambutnya? Nabi pernah sambut tahun baru hijrah ke? Kalau Nabi pernah, pasti ada hadith atau sirah yang menceritakan tentang sambutan itu. Sekarang (mungkin agak lama dah kot) ada pulak doa awal tahun, doa akhir tahun. Siapa yang memulakan doa ni? Nabi s.a.w ke? Kalau nak berdoa, kenapa kena awal dan akhir tahun sahaja? Kita mintak ampun 2 kali dalam setahun sajakah?

Sebagai muslim, asas ibadah kita berpandukan Al Quran dan Sunnah. Sekiranya sesuatu amalan yang kita buat tiada didalam Al Quran dan Sunnah, ianya dianggap ciptaan baru didalam agama/ibadah. Ciptaan baru ini juga disebut sebagai bidaah. Setiap amalan bidaah yang kita lakukan tanpa mengetahui ianya bukan dari Al Quran dan Sunnah, adalah tertolak. Kalau kita tahu ianya bukan dari Al Quran dan Sunnah tapi kita masih menganggapnya sebagai ibadah, maka kita dianggap berdosa dan setiap dosa bersamaan dengan api neraka. Nauzubillah.

Agama kita dah complete. Kalau tak ada didalam Al Quran dan sunnah, maka ianya bukanlah ibadah. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Pada hari ini telah kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah ku ridhoi islam sebagai agamamu.”
( Al-Maidah: 3)

Dibawah ini, Neeza sertakan beberapa lagi hadith dan ayat Al Quran tentang bahayanya bidaah. Semoga kita semua dilindungi Allah s.w.t daripada api neraka. Ameen...

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah bersabda:

“Sesungguhnya perkataan yang benar itu ialah kitab Allah dan sesungguhnya semulia-mulia petunjuk itu adalah petunjuk Muhammad dan seburuk-buruk perkara itu ialah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan itu adalah di dalam neraka.”
[H.R. Muslim]


Dari Aisyah ra. berkata: Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang bukan perintah kami, maka ia tertolak.”
[H.R. Bukhari]


“Dan barangsiapa yang menyalahi Rasul itu sesudah jelas dan nyata baginya petunjuk dan mengikut orang-orang yang bukan jalan orang-orang yang beriman, nescaya Kami akan palingkan dia ke mana dia berpaling dan akan kami panggang dia di neraka Jahanam, padahal neraka itu sejelek-jelek tempat kembali.”
[An-Nisa’:115]


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu sekalian mendahului Allah dan Rasul-Nya dan takutlah kamu kepada Allah kerana sesungguhnya Allah itu Mendengar lagi Mengetahui.”
[Al-Hujurat:1]

15 comments:

aNIe said...

Neeza...akak pun ada baca pasal isu ini semalam...mengenai tidak ada hadis atau sunnah yang menyuruh kita mengamalkan doa ujung & awal tahun...dan ianya jika di anggap satu amalan boleh menjadi bidaah...

zino said...

terima kasih kerana berkongsi..

pok lie said...

Salam,

Tak salahkan kalau saya share dengan kawan saya your petikan.

rosebali.

Neeza Shahril said...

Salam semua,

apa yang neeza tulis (petikan hadith) bukan datang dari diri neeza sendiri... semuanya dari sumber yang sahih. InsyaAllah..

Kalau nak share dengan kawan-kawan, sangat di alu-alukan sebab ilmu memang seharusnya dipanjangkan..

en_me said...

salamm akak neeza tewww..

wan wma said...

salam saudara..bidaah itu tidak semuanya salah..saya pun ada menerbitkan sebuah artikel pasal bidaah, boleh baca di sini-
http://wanwma.com/agama/agama-apa-itu-bidaah/

Neeza Shahril said...

Wanwma,

bidaah = innovation in religion

Nabi tak buat, Dalam Al Quran pun takde... Jadi, siapa ikutan kita sebenarnya? wallahualam..

Neeza Shahril said...

Wanwma,

bidaah = innovation in religion

Nabi tak buat, Dalam Al Quran pun takde... Jadi, siapa ikutan kita sebenarnya? wallahualam..

wma said...

Pesanan Nabi..orang yang kamu patut ikuti selepas aku adalah para sahabat dan para ulamak.

Itu pesanan nabi kerana nabi tahu akan berlaku pelbagai perpecahan pendapat di masa depan dan golongan yang terlalu taksub.

So, kita ikut siapa sebenarnya? Ikut pesanan nabi supaya mengikut ulamak atau...?

^aNgRiAni^ said...

thanks sebab berkongsi maklumat
yang sangat berharga ni kak ni
hehehehe :D
Happy new year :)

MULAN said...

ya.. usrah kami dgn ustaz yg belajar quran & hadith pernah di halang suatu masa dulu.. asyik2 wahabi yg dibangkitkan..

Pak Man laksam said...

Assalamualaikum!

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

Ada yang masih tak boleh terima benda ni kak sebab ianya dah lama di amalkan... macam zaman jahiliyyah jugak. Bila ditanya kenapa sembah berhala, mereka kata sebab itu amalan nenek moyang. Nauzubillah... Of course, tu contoh extreme lah kan. Tapi bidaah pun something yang berat tapi dipandang ringan.

***********************************

Zino,

sama-sama :)

***********************************

Pok Lie,

tak salah pun. Ilmu ni bukan berasal dari saya pun... ;)

***********************************

wma,

pastikan setiap fakta yang kita keluarkan tepat... seelok-eloknya rujuk pada hadith Nabi yang sahih. Para sahabat sendiri tak berani keluarkan 'amalan baru' dan saya percaya ulamak juga begitu...

***********************************

Riani,

akak cuma berkongsi apa yang akak belajar.. yang baik datang dari Allah, yang silap tu dari kelemahan diri akak...

***********************************

Mulan,

ramai yang tahu sebut wahabi tapi tak tahu apa sebenarnya wahabi. Alhamdulillah, bila duduk sini, dapat lah sikit ilmu tentang wahabi ni dan ianya tak seperti yang diheboh2 kan di tempat kita...

***********************************

Pak Man,

waalaikumsalam.. :)

arsaili said...

salam..ya isu yang panas ehehe..apa pun happy new year

Ainur68 said...

Wah...panas N3 kali ni!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin