Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, December 6, 2009

Perjalanan itu..

It has been 4 days that I came back from Tanah Suci. Alhamdulillah. Selesai sudah rukun Islam yang kelima. Ada hadith mengatakan, setiap jemaah haji yang diterima hajinya oleh Allah s.w.t akan pulang seolah-olah kembalinya seorang bayi yang baru lahir. Subhanallah! Seronoknya kalau Neeza berada dalam golongan itu. Of course, I'm praying for that and I think everyone is, too.

A few friends are expecting my entry on this Hajj Trip. I've been thinking and wondering of what to write about it. Salah tulis takut timbul rasa riak pulak. Salah besar tu sebab riak adalah syirik kecil. Nauzubillah... Salah tulis jugak nanti akan membuka pekung didada pulak. Tak baik jugak tu ceritakan keaiban sendiri atau orang lain kepada orang lain.

I've decided I'm just gonna write about the trip - perjalanan haji itu sendiri. At least, pada yang belum pergi, dapat lah membayangkan apa yang perlu dibuat, sebelum mereka secara fizikal berada di sana. InsyaAllah.


6 Zulhijjah (23 November 2009)

Kami bertolak ke Jeddah pada jam 10.30 malam. Ya, awal sikit dari orang lain. The reason - neeza pun tak tahu. Tak nak berebut dengan jemaah lain dari middle east kot. Tiba di Jeddah dah tengah malam (or, is it awal pagi? Dalam jam 12.30 malam kot). Lepas ambik baggage masing-masing, kami keluar dari airport. Bas dah berderet-deret tunggu. Kami dah di assign untuk naik mengikut number yang tertera di pas masing-masing. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah agak smooth. Alhamdulillah. Mungkin sebab kami tiba awal dari orang lain jadi jalan tak sepadat yang dijangka. Ikut plan, memang dari Jeddah kami akan ke Masjidil Haram untuk Tawaf Qudum. Since kami tiba dah almost Fajar (Subuh), leader mohon kami solat subuh dulu. Selesai solat baru kami tawaf. Orang tersangatlah ramai di Masjidil Haram masa tu. Tapi sempat jugak ambik gambar tu.. Sabar je lah kan.. hehe..






7 Zulhijjah (24 November 2009)

Leader bas kami dah bagi tahu untuk kembali ke bas masing-masing at 9.00 pagi. Ok lah kot sebab kami tiba di Masjidil Haram pada jam 4.30 pagi. Alhamdulillah, ramai yang mengikut jadual. Ada juga yang tak. Mungkin sebab mereka bawa anak dan orang tua. Kesian jugak mereka ni. Bila bas dah penuh, kami bergerak ke Mina - destinasi yang ditunggu-tunggu. Masing-masing tak sabar nak berehat. Al-Hamra package kali ni hanya ada 1 tempat penginapan - Mina. Almost tengahari kami tiba di khemah kami. Perut masing-masing pun dah menyanyi. Tak sabar nak makan. Sekali tengok buffet, almost empty! Bila tanya orang jaga buffet, rupanya lunch belum serve pun. Food yang nak habis tu breakfast rupanya. Alhamdulillah...

Kami berehat di sofa bed masing-masing. Ada yang mandi, ada yang tidur. Basically on the 7th Zulhijjah, memang takde aktiviti specific. Apa yang kami perlu buat ialah qasar kan solat 4 waktu. Selebihnya terpulang to individual. Nak ngaji ke, nak berzikir ke, nak borak-borak pun boleh - nobody cared. But, He is watching :).


8 Zulhijjah (Hari Tarwiyah)

Ramai jemaah haji lain tiba di khemah kami. Mungkin yang datang dari Mekah. Package kami ni inclusive 1 Saudi Arabia. They come from all parts of Saudi. Kalau dari Mekah and kawasan sekitar, mereka takdelah datang naik flight kan ehemm... Khemah hampir penuh. Melayu dalam khemah kami cuma 5 orang. Yang lain tu bermacam-macam bangsa. Seronok jugak sebab dapat tambah kawan. Neighbor sofa bed Neeza - belah kanan, Nor (Malaysia) dan belah kanan Hadeyah (Saudi). Hadeyah ni student JUC. Seronok dengar dia susah payah nak speak English. Dia pun fun agaknya tengok Neeza susah payah nak speak broken arabic ;).

Kami masih qasar solat 4 waktu. Kadang-kadang berjemaah, kadang tak. Tempat perempuan, takde dedicated surau. Jadi, some of us cuma lipat sofa bed or cari empty spaces kalau nak solat jemaah.


9 Zulhijjah (Hari Arafah)

Dah masuk 9 Zulhijjah, dekat-dekat tengah malam, kami bergerak ke Arafah. Sebenarnya ramai antara kami agak suspense sebab daripada pengalaman orang-orang yang pernah join package ni, kata mereka bersiap sedialah duduk dalam 2 @ 3 jam dalam bas disebabkan kesesakan lalu lintas. Memang some of us dah prepare for the worst pun. Tapi, kami tiba awal sikit. Banyak faktor rasanya. Khemah kami antara yang terdepan. Jadi, kami tak perlu tunggu lama. Since kami tiba sangat pagi, ramai yang tidur dulu sebelum masuk Subuh. Everyone was given a sleeping bag. Kami beramai-ramai tidur dibawah satu khemah. Ooopss! Lelaki khemah lain la. Mana boleh campur :).

Di Padang Arafah, kami solat jamak dan qasar. Aktiviti lain ialah berdoa, mengaji dan berzikir - again, it was realy up to individual. No one cares except Him.

Sebaik saja masuk waktu maghrib, kami bergerak ke Muzdalifah untuk mabit (bermalam). Kami tak solat di Arafah sebab memang ikut sunnah, solat tu dibuat di Muzdalifah.






10 Zulhijjah (Hari Raya Aidil Adha)

Kami tiba di Muzdalifah dan organizer mencari tempat untuk bas kami yang banyak tu untuk park. Bas mengepung tempat kami bermalam. Takde khemah disini. Kami tidur dibawah awan, bulan dan bintang. Cuma ada carpet dibentang dan ada kepungan bagi wanita. Yang lelaki ada yang ada carpet, ada yang takde. Mereka sangat menjaga wanita. Alhamdulillah. Kami melelapkan mata dalam 2 jam. Kalau ikut sunnah, para wanita dan anak-anak kecil, boleh meninggalkan Muzdalifah sebelum masuk Subuh. Lelaki perlu tunggu sampai terbit Fajar. Tapi, since kami ni sharing bus, kena lah bergerak sekaligus. Jam 12 malam kami bergerak ke Mina. Jalan agak jam tapi tak menjadi masalah sangat sebab Neeza tidur. Kalau dah tidur, tak perasan sangat masa berjalan kan :). Kami tiba di Mina pada jam 2 pagi. Awal lagi sebab Subuh masuk jam 5.20 pagi. Jadi, ada yang sambung tidur, ada yang beribadah.

Siangnya, selepas subuh kami bersiap-sedia untuk melontar Jamratul Aqabah. Ada yang dah pergi sebaik tiba dari Muzdalifah. Tapi, kami tak nak rush sangat. Ramai orang melontar tapi keadaan under control sebab sekarang dah ada 5 tingkat untuk melontar. Jemaah yang datang dari arah berlainan, automatically akan pergi ke tingkat yang dah didedicated untuk laluan tu. Ramai askar menjaga kat tempat melontar jamrah.

Balik dari melontar jamratul Aqabah, kami potong rambut. Alhamdulillah. Tahalul Awal lah kami. Tinggal tawaf ifadhah saja belum buat. Ada yang terus pergi ke Mekah. Bas tak bawak kami lagi untuk tawaf ifadhah. Kalau ikut jadual, organizer mintak combine tawaf ifadhah dengan tawaf wada'. Tapi, ramai antara kami yang mohon untuk ada special trip pada keesokan harinya (Hari Tasyrik pertama). Organizer setuju.






11 Zulhijjah (Hari Tasyrik Pertama)

Ramai antara kami yang ikut trip beberapa buah bas untuk ke Masjidil Haram bagi Tawaf Ifadhah. Kami bergerak pagi. Tiba di Al Haram jam 9 pagi, kami terus tawaf ifadhah di tingkat 1 sebab orang sesak di ground floor. Selesai tawaf, sedang elok nak masuk waktu zohor. Kami solat dulu. Selepas itu, kami terus naik bas yang dah tunggu dibawah (dekat terowong). Kami tak plan untuk melontar jamrah selepas tawaf ifadhah at first. Tapi, since bas lalu ikut jamrah, kami pun turun. Lagipun, masing-masing dah bawak batu untuk melontar. Kami melontar ketiga-tiga jamrah ditingkat atas sekali. Orang ramai tapi tak bersesak sangat.

Selesai melontar, kami turun escalator dan jalan kaki balik ke khemah semula. Bas takdelah tunggu sebab ada orang dalam bas yang tak turun pun untuk melontar. Lagipun jarak antara jamrah dengan khemah kami cuma dalam 1.5km.

Habis tawaf ifadhah bermakna kami bukan dalam ihram lagi, completely. Alhamdulillah.






12 Zulhijjah (Hari Tasyrik Kedua)

Aktiviti utama ialah melontar ketiga-tiga jamrah. Kami pergi melontar selepas Asar. Askar masih ramai meronda. Orang pun ramai sebab ada yang nak nafar awal - mereka akan tinggalkan mina pada hari tasyrik kedua. Helicopter pun banyak di ruang angkasa.

Di khemah kami pun ada yang leave early. Mereka balik keluar dari Mina jadi mereka tak akan melontar pada hari tasyrik ketiga.


13 Zulhijjah (Hari Tasyrik Ketiga)

Hari ini adalah hari terakhir kami di Mina. Ini juga bermakna inilah hari terakhir kami melontar. That would also mean, it's time for us to go home. Terasa sayu juga. At the same time we're happy because we're getting closer to our beloved ones at home, our kids.

Melontar di hari ketiga sangat berbeza sebab keadaan jalan raya sangat lengang. Lengang dengan orang tapi banyak lah pulak kenderaan lalu lalang. Kami melontar ditingkat bawah sekali. Saje je sebenarnya. Nak rasa melontar di different level.

Our bags semua dah masuk bas. Awal betul diorang ni suruh simpan bag. Tak nak kelam kabut agaknya. Bagus jugak. Proactive :).

Selepas Isyak, kami bergerak ke Masjidil Haram untuk Tawaf Wada'. Kami diberi masa sampai jam 2 pagi di Masjidil Haram. Orang masih ramai rupanya. Mereka pun nak tawaf wada' sama macam kami agaknya. Meriah malam tak terasa macam dah tengah malam. Kami bertolah dari Mekah ke Jeddah pada jam 2 pagi. Flight kami sebenarnya jam 8.30 pagi keesokan harinya tapi perjalanan dibuat awal sebab tak nak trap dalam jam.



Dah check in bag, sedang elok masuk subuh. Jadi, kami ke surau untuk solat subuh. Selepas itu, aktiviti bebas - melepak di atas kerusi sambil tunggu masa naik flight.

Kami tiba di Dammam pada jam 11 pagi. Tak lama lepas itu, bas Al Jabar Compound datang menjemput kami. Kami tiba di Jubail lebih kurang jam 1 tengahari. Alhamdulillah. Seronok dapat jumpa anak-anak tersayang...

Perasaan Neeza? Bersyukur sebab dah selesai ibadah wajib ini. Neeza tak nafikan, ada orang suka untuk menilai sama ada haji seseorang itu mabrur ataupun tidak. Neeza pun macam tu dulu. Sebenarnya, mabrur atau tidak, Allah yang menentukan. Lagipun bukan kita yang bagi pahala atau dosa. Allah yang Maha Berkuasa diatas segala-galanya.


16 comments:

Ummi365 said...

Alhamdulillah...

Kak Elle said...

neeza thank you kongsi bersama mmg indah dan sayu bila lihat gambar2 yg neeza letak....and alhamdulillah sempurna sudah rukun kelima.

Kujie said...

Alhamdulillah neeza

sempurna sudah rukun Islam, Insyaallah

Zahraa George said...

Alhamdulillah..

Best baca pengalaman akak..tak sabar nak gi..Mungkin tahun nih banyak sangat fikir halangan nak tingalkan Zahraa.

InsyaAllah,next year kena bulatkan hati..Semua tu ujian..

maza said...

aduhaii.. rindu rasanya semakin mendalam di hati.. ingin sekali ke baitullah.. Allahuakabar!!!

Tahniah hajah! Tahniah...

nampak berseri2 wajah hajjah bersama suami.. syukur...alhamdulilah..

dan alhamdulillah kerana Allah SWT memudahkan urusan hajjah!

Labaikallah huma labaith! Labaikala Syarikala kala baith.. huhuhu

Nadia Yuna said...

alhamdulillah. =)

kak neeza. sejuk je tengok kaabah tu kan. rindu je. nadia rasa nak pegi sana lagi. dulu buat umrah je. dan masih dalam umur 17 tahun yang kurang penghayatan. harap dapat pergi semula. kak neeza doakan nadia dapat sampai sana lagi ya =)

mak ayah nadia belum balik lagi. depa balik 1 januari nanti kalau tak silap. terubat sikit rindu kat depa tgk gambaq2 kak neeza letak kat sini =)

take care kak neeza =)

cikMilah said...

tidur dibawah awan, bulan dan bintang...syahdunya...
Alhamdulillah dan terimakasih share pengalaman...

Nadine Zuharra said...

Alhamdulillah,sempurna sudah rukun Islam kelima.. moga Kak Neeza dan keluarga sentiasi dilimpahi keberkatan olehNya..
Lama saye tak online,baru hari ni dpt khatam semua cerita kak neeza yang mane saye dah tertinggal b4 ni.. : )
Hajat di hati turut ingin sampai ke sana,merungkai rindu padaNya..InsyaAllah..

::ADleez:: said...

Alhamdulliah....bercahaya n berseri2 muke akak ngan shahril....

Pak Man laksam said...

Alhamdulillah........

zany said...

Alhamdulillah.....
Selesai sudah ibadah Haji.

zany said...
This comment has been removed by the author.
en_me said...

syukurr kannns.. alhamdulillahh

cHeRyNa PiReS said...

Alhamdulillah:)

Selamat pulang kak neeza:)

tulipurple said...

meremang tatkala baca pengalaman terindah ini...tq sis,moga sy juga dijemputNya ke sana jua nnt.

Zabs said...

Salam Neeza. Alhamdulillah. Semoga telah mendapat Haji yang mabrur. InsyaAllah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin