Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, January 21, 2010

Bila senang, ramai yang datang...

Tadi, masa Neeza bersibuk-sibuk di dapur dengan my cooking partner (dirahsiakan nama atas sebab kerajaan :P), keluarlah topic tentang ini. Semasa kita susah, tak ramai orang sudi berkawan atau bertandang. Tapi, bila kita senang, ramai yang datang. Bukan sedara pun mengaku sedara, contohnya lah...

Neeza pernah rasa benda ni tapi Neeza tak lah berniat nak cerita disini semua biji butir. Biarlah.. apa yang lepas tu biarlah lepas. Neeza percaya sesiapa yang terlibat tu telah sedar di atas segalanya. Kalau tak sedar pun takpelah. Allah tahu apa yang dia lakukan.

Kenapa benda macam ni boleh terjadi? Dalam agama ada mengajar, kita perlu tolong orang susah. Semua agama ajar macam tu. Takde agama yang suruh kita keji dan hina golongan susah dan memerlukan. Tapi, rata-rata manusia memandang hina orang yang susah. Kalau tak pandang hina pun, pandang serong. Dikala kita memerlukan pertolongan, orang melarikan diri. Macam-macam alasan diberikan. Padahal, pertolongan yang kita minta tu bukanlah besar sangat pun. Bila difikirkan, mungkin tak besar pada kita tapi besar pada orang yang nak kena tolong tu kan. Orang takut nak menolong sebab takut dia akan susah disebabkan kita. Sedih kan bila manusia bersikap macam tu.

Bila kita senang, ramai pula yang datang termasuklah orang yang dulunya melarikan diri daripada kita. Mereka tanpa segan silu datang minta tolong dan macam-macam lagi lah. Ada pula yang sampai mengenakan kita teruk-teruk. Astaghfirullah!! Macam tu sikap manusia. Tapi takpelah. Bersabar sahaja jalan terbaik. Kalau nak lawan pun, tak kemana. Banyak benda yang perlu ditempuhi. Last-last nanti, takde apa yang dapat pun. Ya, mungkin mereka menang disini tapi di akhirat esok, tiada siapa yang tahu penyudahnya...

Sekarang bagi Neeza, kita perlu ambik jalan mudah. Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Orang nak datang dekat, datang lah. Orang nak jauh pun, pergi lah. Tiada apa yang kekal kecuali Allah s.w.t. Lagipun rezeki tu bukan ditentukan manusia. Allah penentu segalanya...

13 comments:

zino said...

pedekatan yg tepat tak payah nak pening kepala memikir hehe

tchersally said...

Neeza,

biarlah si luncai terjun dengan labu2nya..usah d kisah apa yg org kata..yg ptg kita mohon padaNya..

Kujie said...

Itulah dugaan untuk orang yang senang...

Nadia Yuna said...

nadia pernah jugak alami benda mcm ni. terutama zaman belajar di uni dulu.

** terima kasih untuk nasihatnya kak neeza. sayang akak. =)**

Pak Man laksam said...

Macam-macam...........sabar saja lah.

WanHidayat said...

Salam akak...

Lama tak jengok akak, sy busy sgt dah dah lama juga tak update blog. Sementara ada kesempatan nih, sy datang lah nak jengok akak, harap akak sihat2 selalu....

Akak....manusia kan???, begitu, bila senang ramai lah bertandang. Pernah terjadi beberapa kali dalasm hidup sy tapi sy tidak ambil pusing...

Sekarang masa utnuk diri...perbaiki diri sendiri dan berbahagia selalu....

:)

noniey said...

betul tu kak neeza.. kalau deal dgn orang camtu, tak yah lah nak dilayan sangat.. tapi lagi sakit hati dgn orang yang bila nak mintak tolong kita, baru lah nak anta msg.. kalau tak, membisu bertahun2..

maza said...

ibarat semut lah juga..

di mana ada gula ada lah semut berdondong-dondong datang mengerumi gula..

tapi gula yg bijaksana tetap memberikan kemanisan kepada semut.. huhuhu

aNIe said...

Manusia sering berubah..kalau dia berubah kepada yang lebih baik..Alhamdulillah...

Kak anie pun dulu orang susah...jadi memang pernah mengalami situasi tersebut...

maklang said...

biasalah tu neeza...adat manusia kat dunia ni...:(

abanglong said...

salam neeza. laaaaamaaa tak tinggal jejak hehehe. dok baco senyap2 jah.

anyway, these things mmg common.

and abanglong bertuah kerana diizin Tuhan melalui berbagai fasa dalam hidup. ada masa senang; ada masa tersangat susah dan Alhamdulillah, diberi kembali sedikit kesenangan.

dan dalam beberapa fasa itu; hanya beberapa orang saja yang bernama sahabat yang masih ujud dalam setiap fasa.

dan majoriti.. yang dipanggil kawan atau saeng... hilang bila kita susah.

moral of story - biarlah mereka datang dan pergi; yang penting jangan amik kesempatan atas kita;udah.

:)

Abang Long said...

Betul kata Zino. Tidak perlu beratkan kepala memikirkan hal sebegitu. Apa yang penting. Kita wajar memikirkan apakah nasib kita di akhirat kelak.

MULAN said...

ooohh.. biasa bangat gitu... masa senang, semua datang.... masa nggak senang, semua hilang.. buat pot je..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin