Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, April 21, 2010

Hati-hati yang perlu dijaga

Dalam hidup ini, kita bukan saja perlu menjaga hati sendiri tapi banyak hati-hati lain. Kadang-kadang dalam menjaga hati orang, hati sendiri yang terluka. Tapi, kalau kita ikhlas, InsyaALlah pahala berlipat ganda akan diperolehi walaupun hati kita luka berdarah dan berkecai...

Ada masa, kita ingin menjaga hati orang. Di kala yang lain pula, kita perlu dan yang lebih besar ialah kita terpaksa menjaga hati orang walaupun kita tak berapa nak. Kategori yang last tu biasanya membabitkan satu 'tanggungjawab' yang tak boleh tidak mesti dan wajib dibuat. Bila dah terpaksa, selalu saja hati akan terhiris. Tapi hati yang dijaga tu tak pulak perasan yang dia atau mereka menghiris hati kita. Kalau dia perasan, dia tak buatlah pulak kan. Tapi, kalau dia sengaja buat macam tu, memang lah dia tu... tak baik taaaaauuuuu... :D.

Walau apa pun, semasa kita menjaga hati orang, InsyaAllah, pahala besar akan tiba kepada kita dan dosan yang banyak akan berkurangan. Itulah cara Allah menyayangi kita. Kesusahan yang kita tempuhi tidak percuma. Ada ganjaran disebaliknya.. Kalau lah kita nampak, pasti kita mahu melalui kesusahan dengan banyak sekali. Malangnya kita tak berapa nak nampak... Semoga Allah sentiasa mengasihi kita dan membuatkan kita nampak ganjaran disana kelak. InsyaAllah...

7 comments:

nj said...

neeza...
berhati-hati apabila menjaga hati...hati orang ke hati sendiri ke...nanti syaitan pun tumpang sekaki...nauzubillah...tenangkan hati dan hiburkan hati...InsyaAllah tak sakit hati...

kayteeze said...

Neeza, kita ni selalu sangat jaga hati orang... sampai diri sendiri yang makan hati pulak.

KAKTINY said...

betul la kak.. nak jaga hati org mmg satu tanggungjawab yg bukan calang2 kan...

salah cara, kena, silap langkah tekena..

tapi... lagi sukar nk jaga hati sendiri supaya lebih redha menerima ketentuan.. huhuhu..
mmg nk kena lebih banyak muhasabah diri nih... hmmm hmm hmmm..


apapun, betul kata akak.. YG PENTING, ALLAH TAHU NIAT KITA (ni yg nak kena jaga niat dan cara nih.. biar betul dan selari.. takut diri sendiri yg terbabas kanan kiri.. oh tidaaaakkkk!!!!... )

semoga akak sekeluarga ceria selalu yer..

Pak Man laksam said...

Jaga lah setakat mana yang termampu.....

"MULAN" said...

kita je jaga hati orang, hati kita camna ek.. bikin stress aje gitu..

thunbergia said...

teringat lagu 'Bawa Ku Terbang Mata Ke Mata.. Ke Hati.. Hati ke Hati.. Hati Hati.. Bibir Ke Bibir.. Bicara Janji.. Janji Ke Janji' ;-)

salamm,

thunbergia said...

sungguh berhati-hati kanns,

salamm,

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin