Rajin-rajin lah click ya :)

Wednesday, April 14, 2010

Moments that will stick in my mind..

Only one word - Alhamdulillah! Thanks to Allah... syukur kepada Mu Ya Allah yang masih percayakan hambaMu ini untuk menjaga Sobhan Binti Shahril di dunia yang fana ini.

Our flight from KUL to Dammam transitted in Jeddah. Since it was quite a long transit, we decided to perform our Umrah in Makkah. Alhamdulillah, things were easy for us. We claim our baggage then checked in back and then proceeded to the nearest hotel in Jeddah. After freshing up, we continue our journey to Makkah.

We reached Makkah at about 10.30pm. The crowd was not that much around the Kaabah. Hati tak henti-henti mengucap syukur sebab nampaknya semuanya dipermudahkan Allah. This will also be the first umrah for my mom and sister in law. Dalam masa sekejap kami selesai tawaf. Mak dan Ayu siap boleh solat dalam hijir Ismail dan dapat tengok makam Ibrahim lagi. Mereka sangat seronok. Sepanjang tawaf, Meyyah tak banyak meragam. Shahmey pun begitu.. Sophea dan Sobhan yang pada awalnya mengeluh penat nampaknya seronok pulak. Alhamdulillah...

Selesai tawaf dan solat, kami proceed to Mount Safa. Everything was smooth until we finished our Saei. Selesai aje pusingan terakhir di Bukit Marwah, kami terpisah. Memang tak disengajakan. Mungkin problem miscommunication. Kami tak bincang nak tunggu dimana. Neeza ingat Abang and others tunggu di pintu masjid. So, Neeza berjalan menghala ke situ. Ayu pun ikut Neeza sekali. Neeza nampak Coan berjalan dari belakang dan macam berlari kedepan seolah-olah mengejar seseorang. Dalam hati berkata, mesti dia kejar Abah dia kat depan lah tu. Tapi macam pelik sikit sebab makin lama berjalan, tak nampak pulak batang hidung Abang and the rest.

Abang call Neeza and tanya kami dimana. Bila dapat tahu yang kami berjalan kedepan dan Abang tunggu di Bukit Marwah, hati Neeza tak sedap. Coan kejar siapa sebenarnya?? Abang suruh Neeza kejar Coan tapi tak mungkin dapat kejar sebab dah agak lama Coan pergi. Abang cepat turun dari Bukit Marwah heading towards us. Dia suruh tunggu di Bukit Safa and we did. Everyone stayed there. Abang tak bagi kami kemana-mana sebab bimbang yang lain pulak hilang.

It was a really sad moment. We could see the Kaabah from there. We made doa to Allah s.w.t. At the same time, hati Neeza takut sangat kalau-kalau Coan tak dijumpai. Abang jalan from Safa to Marwah. Neeza harap sangat Abang jumpa Coan. Abang datang semula. Coan takde! Ya Allah.. hanya Engkau yang tahu perasaan ini. Kembalikan anakku kepadaku Ya Allah. Sophea pun menangis-nangis.

Datang a quite old arab lady dan tanya kenapa kami menangis. I told her that I lost my daughter. Dia nasihatkan kami untuk berdoa kepada Allah. Nanti mudah-mudahan ada orang jumpa Coan dan pulangkan kepada kami. We keep praying to Allah.

Datang another arab lady. Dia bagi tahu yang dia jumpa Coan. I asked for confirmation. Dia kata, bila tengok Sophea, dia tahu betul lah Coan tu adik Sophea. Mereka pakai baju color and jenis yang sama. Hair cut pun sama. Dia ajak Neeza pergi kepada Coan and bawak balik Coan. Neeza ikut dia.

On the way tu, dia suruh Neeza pandang ke atas Bukit Marwah untuk tengok Coan. Neeza tak berapa nampak. Dia kata, she's in pink. Hati Neeza tak sedap sebab Coan pakai baju purple. Neeza tanya nama budak yang dia jumpa tu. Dia kata, it started with S. Bila Neeza kata Sobhan? Dia kata, yes... I am sure it was her. I recognize your other daughter. Bila sampai di Bukit Marwah, Coan takde. Hati Neeza sedih lagi. Dia pun mencari-cari juga. Dia keep telling me, don't worry. She is safe with my family. Hati Neeza lega sikit. Then bila pusing, Neeza nampak Coan duduk dengan polis yang menjaga kat situ. I hugged her and thanks Allah. Syukur Alhamdulillah. Yang paling sedih bila Coan cakap "Oan sorry Ummi... Oan tak jumpa Ummi.. Oan takut Abah marah..". Itu yang dia takut. Dia tahu salah dia agaknya sebab tak nak pegang tangan masa berjalan.

Kami berjalan towards Mount Safa untuk jumpa yang lain-lain. Bila tiba disana, Sophea hugged Coan. It was a sweet and sad moment at the same time.

Banyak pengajaran yang Neeza dapat daripada apa yang jadi. Allah sayangkan kami.. that's for sure. Allah reminded us for things that we forgot to do. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah....

10 comments:

KAKTINY said...

Alhamdulillah ketemu semula...

Ya Allah.. berdebar hati tiny kak bila dengar 'anak hilang'..
pernah rasa dan alami.. syukur Allah panjangkan jodoh utk bersama.. Subhanallah..

(berdiri bulu roma.. tetiba terkenang saat nureen (anak yg sulung) hilang 'seketika' dan zaqwan (kedua) pun sama (tahun yg berbeza).. hanya kerana kecuaian kecil, TERLEPAS PANDANG.. uish.. nauzubillah... pengajaran yg amat berharga dan di kenang selamanya...)

maklang said...

rindu nak kesana lagi...alhamdulillah seme ok...

l i e y n said...

syukur alhamdulillah... Allah hanya ingin menguji kita....

Adry said...

Ya Allah kak... bestnyaa.... saya tak pernah gi Umrah lagi... ntah bila la baru aada rezeki...

miss cloudy said...

bergenang air mataku...syukur alhamdulillah...

Abang Long said...

Moral of the story: Bertemu dan berpisah dan bertemu dan berpisah. Itu hukum alam. Doakan supaya kita dapat bertemu.

Pak Man laksam said...

Alhamdulillah........itu akan menjadi sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila.

nj said...

neeza..
Alhamdulillah, nasib baik tak jadi apa-apa...dugaan ni kat mana-mana pun ada. Allah sentiasa berada bersama orang-orang yang sabar.

Neeza Shahril said...

Kak Tiny,

kes akak ni bukan saja terlepas pandang tapi take for granted juga... assume things go nicely.. tapi sebenarnya tak.. sentiasa kena peka kan..

===================================

Maklang,

ALhamdulillah..

===================================

Lieyn,

banyak betul ujian.. semoga kita tabah..

===================================

Adry,

berdoa dan terus berdoa agar dipermudahkan Allah..

===================================

Miss Cloudy,

thanks for understanding.. syukur kepada Allah...

===================================

Abang Long,

InsyaAllah.. satu hari nanti..

===================================

Pak Man,

sejarah yang tak mungkin dapat dilupakan...

===================================

Norma,

semoga kita tabah selalu didalam menghadapi ujian Allah ni...

"MULAN" said...

mertua saya pernah hilang dlm masjidil haram.. kami agak ayah & mak mertua ni memang susah renggang, selalu berdua ke mana saja.. dia tak dapat dilihat 2 hari 2 mlm.. tapi sebenarnya dia ada di dalam masjidil haram.. solat dll seorang diri.. tanpa risau di hati.. kitorang je solat hajat dll di msia ni..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin