Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, October 19, 2010

Homestay di Kuantan

Ada masa, kita prefer menginap di hotel sebab senang. Semuanya provided especially kalau hotel yang banyak bintang tu ;). Ada masa, kita prefer homestay sebab ianya lebih murah dah lebih besar. Di sini, Neeza nak ambil kesempatan untuk promote sebuah homestay yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Kawan-kawan boleh lihat gambar-gambar berikutnya. Tak mahal pun. Sehari cuma RM220. Diskaun untuk penginapan 3 hari ke atas, InsyaAllah.


******************************************************

* Rumah Semi-D Astana View, Indera Mahkota 15

* Penginapan yang selesa untuk perseorangan atau keluarga.

* 3 buah bilik berhawa dingin, 2 bilik air, ruang tamu yang luas, ruang makan dan dapur.

* Dilengkapi perabot dan peralatan rumah seperti peralatan memasak, peti sejuk, TV, mesin basuh dll..

* Berdekatan dengan surau, berhampiran dengan pusat bandar, UIAM, KPM, Kolej Shahputra, Wisma Belia, Pejabat Kerajaan dan Kompleks sukan.

* Susur keluar ke exit Kuantan untuk ke Lebuhraya Pantai Timur

** Kadar sewa : RM 220.00/Sehari
Untuk 3 hari keatas harga boleh dirundingkan.
*** Muslim sahaja

* Untuk tempahan, sila hubungi Taib di talian 012-9213728. Anda boleh juga email ke ratiban@yahoo.com @ neeza_ramli@yahoo.com









14 comments:

zino said...

kalau buat rombongan cik kiah sesuai sangat tinggal kat situ.. macam kami ke kota baru dulu.. duduk homestay buat macam rumah sendiri hehe

Ibu Sayang said...

Salam Neeza,

Sekali sekala bagus jugak duk homestay, boleh cuba nampak cam bagus je umah tu! Neeza punya ke?

Neeza Shahril said...

Zino,

betul tu... memang khas untuk rombongan cik kiah.. hari tu ada rombongan menghantar kawin.. ramai boleh masuk.. :D

===================================

Ibu,

Salam Ibu.. duduk homestay kalau family besar dan best untuk bersantai2.. ya kak.. rumah kami yang masih menjadi milik bank.. ;)

pB said...

salam ...


lamo sungguh tok update blog ...
bakpo tu ???

maza said...

rumah tumpangan maza dekat IM16.. hehehhe

barangkali kalau worng kampung datang berdozen2 sampai tak muat rumah tumpangan maza itew, mungkin boleh muatkan mereka ke IM15 itew.. hhehehhee

Neeza Shahril said...

Kak Da,

Salam... busy sikit la kak Da.. sempat fb je.. blog nak kena karang cerita ;)

===================================

Maza,

ooo.. dekat la tu... boleh la segerombolan IM 16, segerombolan lagi IM 15 hehe..

KAKTINY said...

salam kak neeza..

lamanya tak dengar cerita..

eh eh.. itu umah akak ke??..

Hari tu masa kenduri sepupu kat bukit sekilau, kuantan.. ayah sedara tiny booking homestay kt area tu ler.. mmg hall nyer luas gilos.. muat 2 family.. bilik master bed room pon luas..

and yes.. pricenye sangatla murahnya berbanding kalau ambil 4 bilik hotel utk 4 keluarga kecil!..
hehehe..

kami masuk 5 family sekaligus.. HALAL!!.. hahaha..
(setakat nak tumpang tido, mandi, salin baju dan simpan beg je pon.. yg lain2 kan pegi umah kendurii... hihihi)..

tapi, anak2 buah ramai yg suka duduk lepak kt umah tu berbanding pegi umah kenduri.. RUMAH KENDURI PANAS KATA MEREKA!!. cheh!!.. hahahahaa..

.. lepas ni senang la tiny berurusan sendiri dgn akak bebila kami nk lepak sana.. hihihihi..

Neeza Shahril said...

Salam Tiny,

akak sekarang jarang buka blog sebab jenguk fb je sebab fb boleh tengok gitu2 je :D.

Ya Tiny, tu rumah akak. Rumah tu furnished. Tu yang kami decide buat homestay.

Tiny sewa rumah kat mana tu? Rumah akak ni 3 bilik tapi besar dan semuanya ada aircond. InsyaAllah, selesa. Ruang tamu pun besar, InsyaAllah.

Nanti, kalau nak sewa, email akak ya awal ya. Thanks Tiny :).

en_me said...

nampak selesa tewww..

Neeza Shahril said...

En Me,

InsyaAllah selesa... tak kelentong punya.. :)

ckLah@xiiinam said...

Selalu benar nampak kelibat URL ni di blog xiiinam. Tapi tak pernah menyapa dah..

FJ said...

salam buat puan neeza sekeluarga.

saya sekeluarga (6 org semuanya) dah merasa duduk homestay puan kat IM15 tu utk 3D2N cuti deepavali baru-baru ni.

memang sgt selesa dan berbaloi dengan harga! higly recommended :D

MULAN said...

ohh situ rumah neeza..

Neeza Shahril said...

Kak Lah,

bukan tak nak menyapa, tapi tak sempat.. ;)

===================================

FJ,

Alhamdulillah.. kami pun suka mendengarnya... nanti datang lah lagi ya... :)

===================================

Mulan,

iye.. hehee... nanti singgah ye ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin