Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, January 29, 2011

Bila anak-anak bercerita..


Hari ni 1st day of the week. Seperti biasa, mood nak prepare lunch box untuk anak-anak agak kureng. Idea tak datang. Tapi, digagahkan jua untuk prepare. Kalau tidak, tak makanlah anak-anakku sayang :). Sophea, Sobhan and Shahmey masing-masing bawak bekal.

Tadi Neeza buatkan mee goreng mamak. Coan je yang nak bawak. Dia kata,

"takpe.. kalau Oan tak habis, Oan bagi kawan.".

Neeza tanya ada ke orang nak makan food Coan? Neeza tanya gitu sebab kawan-kawan kelas Coan takde sorang pun Melayu. Wonder jugak, ada ke bukan melayu nak makan makanan melayu. Kata Coan,

"ada Ummi! XXXX selalu mintak makanan orang sebab dia hari-hari bawah vegetables. Tapi Mrs Snider dah kata, kalau kita nak food orang, kita kena change dengan food kita."

"Habis tu. Coan makan ke apa yang XXXX bagi?"

"Makan! dia bawak nuts.. Oan suka nuts"

Terfikir jugak Ummi. Kalau Coan boleh cerita apa yang XXXX bawak everyday, XXXX and lain-lain pun boleh cerita apa yang Coan bawah everyday. Heheee... apa lah yang mereka cerita agaknya... ;)

6 comments:

kayteeze said...

Neeza, kak tie ni rasa macam dah lama betul buatkan bekal anak. Dari yang sulong tu, sampai yang bongsu ni naik menengah. Kekadang rasa nak bersara je dari buatkan bekal. Bukan apa, dah abis idea!

Coan nak juga bawa mee mamak. Sibongsu kak tie tu cerewet. Nak benda2 yang mudah dimakan, macam pizza, mini burger, sandwich, waffle, entah apa la lagi.. tu yang abis idea. Lama-lama kak tie beli je bun ikan bilis tu, dia suka pulak!

MULAN said...

balik sini memang takyah nak pikir nak masak apa utk bekal anak2.. masa kat vietnam dulu, mau meraung pepagi buta pikir apa nak masak..

dah le cikgu2 kat sekolah tu dok kata food from home is the best.. morning snack & lunch kena bekal.. adoyai..

tapi sekarang senang sikit sbb byk reroti kat kedai..

maza said...

wahh.. elok dah ni.. boleh masuk jarum slow2.. bikin dia org merasa makanan melayu..

lepas tu, boleh kita kembangkan perniagaan kat sana.. heheheh

psst; apa ingat mamak aje ke boleh bikin bisnes kedai makan serata dunia. heheheh

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

mee tu dia bawak balik... tak abis pun.. sedih je tengok. Tapi takpelah. Kena faham kan selera mereka.. ;). anak2 neeza tak suka variety sangat. Ada beberapa benda je yang mereka suka.. :)

===================================

Mulan,

waahh!!! sangat relax kan. Kalau lah ada canteen, memang senang. Bagi je duit. Mereka pilihlah apa nak makan. Kat malaysia banyak makanan berkhasiat...

===================================

Maza,

hahahaa!! business makan??? lambat lagi lah kot... orang2 sini memang suka malaysia.. tapi tidak pada makanannya.. kawan Coan yang mintak food tu dari negara shah rukh khan ;), bukan yang dalam gambar tu.. tu algerian american

♥ manje ♥ said...

salam kak

hehe bagus eh coan belajar sistem barter camtu... tak la membazir dan terbuang... ~

Neeza Shahril said...

Salam Manje,

sebenarnya cikgu dia yang bagi syarat macam tu. Kalau tidak nanti, habis food yang sedap kena ambik dengan kawan. Orang yang bawak food tu kelaparan hehee.. :D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin