Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, January 24, 2011

Semakin banyak dia datang, Alhamdulillah...


Syukur kepada Allah. Vitamin R itu semakin banyak. Harap-harapnya biarlah ia berterusan. InsyaAllah. Semalam dah plan nak update blog tapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugas-tugas hakiki (Re: kerja rumah yang tak pernah habis), maka terpaksa let go untuk update blog. Tak kisahlah, ada orang nak baca ke tak. Yang penting Neeza happy :). Yeay! Nampaknya ada kawan-kawan yang masih sudi singgah. Tak baca habis pun takpe heheee.. Betul, memang tak kisah sebab Neeza tahu Neeza pun jarang menyinggah blog orang ;).

Janji nak update pasal percutian hari tu kan. Nampaknya terbengkalai dulu sebabnya... panjang sangat cerita percutian tu. Nanti tunggu bila free banyak sikit, boleh cerita pasal tu. InsyaAllah.

Sekarang ni, every time Neeza duduk depan computer, Sumeyyah memang akan duduk atas riba. Dia bukan nak main sorang-sorang. Kalau kakak @ abang dia balik baru lah dia tak duduk atas riba Ummi. So, layan je lah menaip sambil melayan Sumeyyah :).

Beberapa hari ni, Neeza asyik senyum sendiri saja. Kenapa? Sebab Neeza ada anak yang akan masuk 11 tahun. Anak perempuan. Dia cerita her little secret to me. Tapi, sorry... dia pesan, "Ummi jangan cerita kat sape-sape tau!". Since dah janji, tak boleh lah cerita kan. Cumanya, Neeza nak kata kat sini, I'm so honored that dia sudi nak share her secret. Kalau dulu, rasanya Neeza tak cerita secret2 kat my mom. Mungkin sebab Neeza tak berapa close dengan my mom masa kecil. So, I have to keep the secret. Or else, mesti dia tak nak cerita lagi...

Tapi kan, my daughter ni, walaupun umur macam dah besar, perangai lebih tak matured kalau nak dibanding dengan adik dia yang 2 tahun lagi muda. Pagi tadi, dia buat some action. Then adik dia tegur "You're a sister". Dia nak kata, awak tu kakak!! hehee.. tu bahasa Ummi la. Bahasa adik dia lembut dan slow aje sambil menjeling kakak dia. Anak oh anak... seronok jugak tengok keletah anak2 bila time gitu :).

13 comments:

Button Planet said...

Salam neeza, ni Kak Azzah datang singgah sini menceriakan suasana...

break sekejap duringlunch hour...

Kak Azzah8

Button Planet said...

alamak..tersign bawah button Planet punya account pulak...


kak Azzah8
http://www.nurazzah8.blogspot.com/

Neeza Shahril said...

Salaam Kak Azzah,

hehehe.. Neeza tahu itu Kak Azzah. Everyday teringat kat akak and Zubair.. Harap2 dia semakin baik.. Ameen.. dan akak bertambah kuat. Ameen..

kayteeze said...

Salam Neeza,

Dah besar anak-anak Neeza tu, ya.. Yang kecil sekali tu dah pandai apa ? Lama tak tengok laa...

pB said...

salam Ja


Nurin dah dpt adik lelaki .
Umo dia , masuk hari ni baru 24 hari.

Kak Da bui namo dia Adam Faris.

MULAN said...

alaaa... jom la kongsi gossip anak dara tu... heheee.... update la blog.. seronok baca..

maza said...

i guess I can senses the meaning of that secret lorr.. hahaha

apa2 hal pun, tahniah .... hehehe

nj said...

neeza...tahniah sebab dah sambung menulis semula kat blog. Norma tenggelam timbul gak. Tapi dah ada geng menulis...nak tulis gak lah. And tahniah juga sebab Sophea besar dah kan...walaupun dia maintain slim dan kiut!...boleh ajar masak singgang dan sambal tumis ni...hehehe..

Neeza Shahril said...

Salam Kak Tie,

Alhamdulillah... maknanya Neeza pun makin tua.. hehee.. yang kecik Sumeyyah tu dah masuk 2 tahun kak. Dah banyak membebel.. ikut Ummi dia kot hehee.. :D

===================================

Kak Da,

Tahniah! Mabrook!!! Lambat Ja ni buleh info.. Waaa!! at last.. hok nombor 5. Mungkinkah ado nombor 6?? hehe... Semoga Adam Faris menjadi anak yang soleh..

===================================

Mulan,

pssttt.. dia pesan banyak kali jangan cerita kat kawan2 Ummi... ;)

===================================

Maza,

eekkkk!!! salah! benda ni tak sepatutnya ada ucapan tahniah.. tapi patut digelakkan aje kikiiii... :P

===================================

Norma,

bukan itu lah Norma... lambat lagi kot mek tu sebab kecik sangat hehee... ni menda lain.. meh kita menulis sesama ya.. Neeza baru mendisiplinkan diri ni ;). Harap2 berjaya.. InsyaAllah..

Pak Man laksam said...

Singgah sekejap..........

KAKTINY said...

welcome back kak..
cewah..

♥ manje ♥ said...

salam kak

beshnya... bila anak dah besar2 kan... dah boleh kongsi masalah bersama... (^_^) ~

Neeza Shahril said...

Pak Man,

lama pun boleh.... :D

===================================

Tiny,

tq dear Tiny... :D

===================================

Manje,

betul tu yang... slowly rasa cam best... tapi sometimes, diorang pun ada citarasa sendiri. Dah takleh decide for them lagi :(

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin