Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, April 14, 2011

Mengadu domba

Patutlah ada larangan tentang mengadu domba dalam Al Quran dan Hadith. Bila kita bercerita pada orang lain tentang apa yang diceritakan pada kita, tendency untuk kita mengubah cerita tu sangat lah tinggi. Macam permainan telefon karat. Cerita yang asalnya cuma A akan menjadi ABCDEF....Z!! Bab menokok tambah memang skill yang tak perlu dituntut!

Ada masanya kita cuma meluahkan perasaan pada seseorang dan seseorang yang mengaku dirinya boleh simpan rahsia tu pun mendengar penuh minat dan prihatin. Bila dah bercerita, macam-macam akan keluar - kisah duka, memek muka, andaian, sangkaan, kemungkinan dan macam-macam lagi. Benda yang kita kata kemungkinan akhirnya menjadi satu fakta bila sampai ke telinga orang ke 3. Tu baru orang ke 3, belum orang ke 20! Akhirnya satu cerita dah menjadi fitnah. Secara percuma orang-orang yang menyampaikan cerita dah menyebar fitnah.

Keadaan akan bertambah buruk bila fitnah tu menyebabkan silaturrahim renggang atau terputus. Berpuas hati dan bertepuk tanganlah orang-orang yang berjaya memutuskan silaturrahim itu. Bravo!!

Sesiapa yang terlibat perlulah menjawab perkara ini. Kalau bukan di dunia, di akhirat esok. Sesungguhnya, doa orang-orang yang teraniaya itu tiada hijabnya dengan Allah... Wallahu'alam

7 comments:

dangarumbia said...

Kak tie sekarang kalau ada masalah pun mengadu pada suami. Tak ada teman rapat di sini. Jarang mengadu pada mak sebab tak nak mak susah hati.

Memang kalau boleh janganlah mengadu atau mencerita masalah kita pada orang lain. Kekadang orang ni baik hanya depan kita jer...

zino said...

masaalah yang sangat besar... kalau bercerita perkara benar , dan orang yg mendengar tau siapa dan empunya diri tak suka jadi jadi mengumpat kalau bercerita kisah yg tak benar jadi fitnah... dua2pun tak baik..

maza said...

maza telan soranga2 aje huhuhu

kalau tak puas hati sangat, menjawab aje dgn boss.. habis cerita. hahahaha

MULAN said...

memang betol diam is golden... kenkadang kita cakap lain, orang paham lain. dia pi citer kat orang lain, orang tu pulak pahamnya lain..

tatkala berfikir, camna nak kekalkan silaturrahim, kalo kita tau seseorang itu kata2nya selalu menyakitkan hati..?? rasa takut nak berkata2 dgn mereka ni..

nj said...

neeza...
norma mengadu domba pada cik hubby je...tu pun tak boleh over, silap-silap norma 'kena' ngan dia..hahaha

Zabs said...

Salam Neeza,

Harap kita tidak menjadi pencipta dosa orang lain dan orang tidak menjadi pencipta dosa kita. Wallahua'lam.

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

betul kak.. ada orang baik didepan aje.. kat belakang kita macam2 pulak dia kata..

===================================

Zino,

yupp.. dua2 tak baik.. tapi ada je orang yang suka menyakitkan hati orang lain ni..

===================================

Maza,

hahaha!! tu kes lain laaa..

===================================

Mulan,

kalau kata2nya selalu menyakitkan, neeza akan jauhkan diri terus..

===================================

Norma,

hehee.. betul tu.. kita jugok yang salohhh.. :D

===================================

Pak Zabs,

agreed.. InsyaAllah.. sesama kita buat..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin