Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, May 10, 2011

Pelbagai corak, bermacam warna

gambar ihsan dari google



Malam ni tiba-tiba Neeza teringat kepada kawan-kawan lama yang Neeza kenal sejak kecil lagi. Kalau nak bilang dengan jari, mungkin kena guna beratus orang punya jari tangan dan kaki kot bilangan orang yang Neeza jumpa dan kenal. MasyaAllah. Ramai sungguh.

Di masa kecil saja, Neeza berpindah randah banyak tempat. Sekolah rendah ada 3 di negeri berlainan. Sekolah menengah pun ada 3. Lepas tu sambung belajar di tempat lain. Lepas tu ke negara lain pulak. Lepas tu balik bekerja di negara sendiri. Ada 2 tempat kerja di negeri berbeza.

Lepas tu berhenti kerja pulak untuk mengikut suami ke bumi S@udi ni. Neeza jumpa pula dengan kawan-kawan yang seangkatan. Lebih menarik bila Neeza juga berpeluang 'bertemu' dengan rakan-rakan maya yang juga mempunyai blog macam Neeza. Lepas tu fb pulak. Dapat lagi kawan maya.

Rasanya bila mula bekerja, baru lah Neeza lebih mengenali hati budi manusia. Mungkin sebab masa tu dah matang sikit. Pelbagai jenis manusia yang Neeza jumpa dan semuanya dengan hati budi tersendiri. Kalau nak cerita tentang perangai manusia ni, rasanya sebulan pun tak habis.

Sebenarnya itu tak penting pun. Yang penting ialah, perangai kita. Bagaimana kita mencorak perangai kita supaya kita diterima dengan baik oleh Yang Maha Pencipta. Bila masa kita tengok perangai orang, sepatutnya kita ikut mana yang baik dan jauhi mana yang tidak. InsyaAllah..

6 comments:

dangarumbia said...

Oh, samalah dengan kak tie. Kawan dari pelbagai bangsa,negeri dan budaya.

Dan dari blogging ni, kak tie dapat banyak ilmu dan berpeluang memperbaiki diri kak tie yang serba kekurangan, alhamdulillah...

maza said...

Oh kita kengkawan kann...
tak moh lawan gitew.. heheheh

psst: bila nak makan sama2 nasi lemak antarabangsa? Yummy!

hahahaha

l i e y n said...

hati n rambut sekarang ni memang lain2....

MULAN said...

kita suka kawan2 yg menerima kita seadanya...

zarifnuhin said...

tak kisahlah kan dari mana,macam mana, bangsa apa, yang penting hati dan keikhlasan dalam bersahabat...:D

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

banyak benda kita belajar dengan berblog ni kan kak.. kadang2 tak perlu baca buku dan neeza memang malas membaca buku pun :P

===================================

Maza,

tunggu balik malaysia.. nanti roger ye.. maza belanja :P

===================================

Lieyn,

dulu rambut sama.. sekarang rambut pun tak sama kan Lieyn...

===================================

Mulan,

samalah kita.. kawan yang berkawan kerana kita sebagai kita dan bukan kita yang ada itu dan ini kan kan..

===================================

Zarifnuhin,

betul tu.. keikhlasan yang penting walaupun kadang2 ada keikhlasan yang disalah erti..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin