Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, June 7, 2011

Nak kempiskan perut.. nak kempiskan perut..


Hahahaha!!! suka sangat minum air batu. Masa makan, minum air. Padan muka! Orang tua-tua nasihat tak nak dengar. Pas tu sibuk lah perut boncit! Huduhnya bila tengok perut kat cermin. Dulu... dulu laaa... masa baru-baru kawin. Lepas di sahkan pregnant, Neeza sangat excited. Alhamdulillah. Tiap-tiap hari tengok perut. Bila lah nak naik. Tapi sekarang, tiap-tiap hari tengok jugak tapi dengan soalan berbeza. Bila lah nak turun.

Neeza tanya kawan pasal d3bella l1tchin. Dengar kata, ramai dah mencuba dah mereka berjaya menurunkan berat badan. Pada Neeza, turun berat badan tak berapa kritikal. Kempiskan perut yang kritikal sangat.

Kawan tu kata, kalau ambik d3bella l1tchin tu, InsyaAllah dalam masa 5-6, boleh kempis perut. Menarik tu. Semangat je Neeza dengar. Tapi perlu kah? Atau ada alternatif lain?

5 comments:

MULAN said...

kami dok minum teh orang kampung.. konon nak kurus etc, ropanya obat sem**lit yang menghantui cik minah ni dari kecik..

nak try la d3bella tu.. hehehe

maza said...

Semoga berjaya gitew..

jangan lupa bawah lengan pun sama, karang perut kempis lengannya cekeding. hehehhehe

pB said...

ini copy paste dari email Kak Da
ado orghe hantar


Ramai rakyat Malaysia kita ni mengalami perut buncit atau nama
klasiknya boroi. Walaupun badan langsing anggun tapi perut sedikit ke
depan (maju). Mungkin kerana banyak makan, mungkin juga kerana kurang
buang angin.Kakak saya dapat petua dari rakan Indianya yang baru
pulang dari Kerala (bercuti). Orang sana miskin dan tidak mampu untuk
membeli produk kecantikkan. Kebanyakan mrk berbadan gempal ttp perut
kempis atau tak sebuncit seperti kebanyakkan rakyat kita.

Rahsianya mudah. Mrk amalkan minum air rebusan jintan manis + halia.
Amalkan setiap hari segelas pun memadai. Sesudu besar jintan manis +
seinci halia yang telah dihiris. Rebus hingga menggelagak beberapa
kali (10-15 minit). Biarkan suam dan minum. Dalam tempoh 4-6 bulan
perut akan susut sendiri tanpa senaman. cubalah.

Mengikut kata kakak saya seminggu pertama amalkan minuman tanpa gula
ini dia mengalami 'perang angin' sehingga terpaksa ke tandas untuk
meredakan gerak gempur angin yang merusuh tu. Mentelah p**a di
Malaysia tiada tandas kedap bunyi, jadi kenalah tunggu orang tak ada
baru keluar , takut malu org tahu siapa yang berbalas tembak tadi ..
he he. Jadi kena fikir2 juga siapa nak cuba tu. Saya dah cuba
secangkir.. rasanya tak sedap,rasa rempat. Tak per lah lain kali aja
saya cuba .Lagi pun perut ni masih boleh bernafas lega Tak lah macam
lukisan kartun mamak cyber di UM

Kakak saya dah cuba 2 bulan, nampak ketara kempisnya.Kalau tak nak
zipkan seluar jeans pun siksa... Kawan dia kata kalau nak susut perut
kaw-kaw (cepat), goreng garam kasar dan sapu pada perut sambil amalkan
air jintan. Tak atau rasa melekit ker rasa apa.. sebab kawan dia tu
pun tak cuba lagi petua garam tu..

Hasil memuaskan ,duit pun selamat. Selamat mencuba. Bila langsing
perut tu nak solat pun mudah dan ringan. Itu yang penting.

Edira Azreen said...

salam kak neeza...

dira susah sket nak percayakan ubat terutama kalau yang cepat kurus,cepat cantik dll.dira sentiasa percayakan exercise.mungkin susah sket tgk atas metabolism seseorang...tapi exercise adalah jalan terbaik....nak tau cmna?sambil ddk saja2 berfb pon boleh exercise :)

en_me said...

ammvoiii akak nk ramping tewww.. ehehe

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin