Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, September 21, 2012

Air dicincang takkan putus

Alhamdulillah.. setelah bertahun menghilang, kini menjelma. Sudah puas Neeza mencari seseorang yang ada pertalian darah dengan Neeza. Nampaknya sinar untuk bertemu kembali semakin menyerlah. Syukur pada Mu Ya Allah. Ada banyak cerita disebalik sebuah perpisahan itu. Terlalu private untuk diceritakan. Bimbang akan ada hati yang terluka.
 
Neeza cuma ingin memanjatkan kesyukuran yang Maha Besar kepada Allah s.w.t kerana memberi peluang Neeza dan orang-orang yang berkenaan untuk bertemu kembali dengan seseorang ini. Semoga hubungan ini takkan putus lagi. Aameen....

7 comments:

cHeRyNa PiReS said...

Alhamdulillah. Happy baca posting Kak Neeza nieh. Dpt lah kunjung mengunjung lepas ni ye kak:)

cikgu_math said...

Alhamdulillah... CM pun banyak berhubung kembali dengan kawan-kawan lama.. he..he.. jumpa melalui FB jer..

maza said...

tetiba maza teringatkan sebuah hadis ttg persaudaran yg disampaikan oleh tok guru iaitu:-

"tidak akan masuk syurga seseorang dari kamu (orang2 beriman) jika memutuskan tali persaudaraan dengan saudara kamu selama lebih tiga hari"

dalam masa sama Nabi SAW juga ada memperingatkan kita antara bunyinya ialah, "org2 Mukmin itu seperti sebuah anggota. Dicubit pehanya kanan akan dirasai kepertiannya di peha kiri.."

moga2 ini diredhai Allah SWT..

jazakallah!

cikMilah said...

Alhamdulillah, besar ganjaran NYA kepada yan gmenghubungkan silaturrahim.. Rindu Ja...Kakcik dah stop menulis kat blog harian tu. Semua cerita skrg kat blog masakan,intai-intailaah Kitchen Tales :)

KakNi (CikNi Ahni) said...

Neeza, air batu je cincang putus.... Hahahah.....

zino said...

semoga ikatan siratulrahim semakin erat selepas ni..amin

Neeza Shahril said...

Salam Sha,

Alhamdulillah Sha... itulah yang akak harapkan. Hubungan itu akan terus kekal.. Aameen..

-----------------------------------

Salam CIkgu Math,

kalau kawan2 lama tu memang bertambah dari sehari ke sehari kak. Dan terputus kita tak lah risau sangat. Ini pertalian saudara kak... ;)

-----------------------------------

Salam Maza,

betul tu.. apa yang kami hadapi ni lain sikit dari hadith tu. Panjang sangat ceritanya dan terlalu private nak cerita kat sini. Anyway, Neeza harap hubungan ini takkan terputus lagi.. Aameen..

-----------------------------------

Salam Kak Chik,

Alhamdulillah Kak Chik.. Ja pun harap semoga sinar akan kembali. Aameen.. Kak Chik menulis ni kitchen tales ya.. okay nanti Ja pergi jenguk ya :)

-----------------------------------

Salam KakNi,

air batu sedap buat ABC hehehee...

-----------------------------------

Salam Zino,

Aameen.. semoga makbul doa2 Zino tu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin