Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, September 20, 2012

Career woman?

Assalamualaikum semua..
 
sebelum dan selepas kami balik ke Malaysia, ada yang bertanya, Neeza tak nak kerja semula ke? Memang ada terlintas soalan tu sebelum Neeza balik ke Malaysia. Neeza dan Abang ada berbincang sikit pasal tu. Abang kata, tak payah lah kerja. Shahmey dan Sumeyyah kecil lagi. Kalau Neeza kerja, sangat lah messy jadual harian nanti.
 
Dulu, masa kerja sebelum ke Saudi, agak rumit sebenarnya. Kadang-kadang Neeza kena bawa Kakak dan Coan ke tempat kerja especially kalau ada program waktu malam. Masa tu di Kuantan. Okay lah lagi. Kalau di sini, hmmmm.. entahlah. Rasa macam tak sanggup. In a way, syukur jugak Abang kata Neeza tak payah kerja. Sebenarnya Neeza dah sangat selesa dengan keadaan tidak bekerja ni. Tak boleh nak imagine kena bangun awal, siap diri sendiri, siap anak-anak, balik kerja settle kan kerja rumah. Itu belum campur stress kat tempat kerja. Biarlah stress dengan perangai anak-anak je buat masa ni.
 
Well.. well.. itu perancangan sekarang sebab anak-anak kecil lagi. Bila anak dah besar nanti tak tahu lah kan. Tapi masa tu umur Neeza pun dah banyak. Siapa lah agaknya nak ambik makcik ni kerja... hahaha!!!

10 comments:

m.u.l.a.n said...

kalau ada peluang & berkesempatan, elok jugak kerja.. nanti duduk rumah anak dah besar pi sekolah, sunyi tau neeza.. :)

miss cloudy said...

u are backkkk! yeayyy!

cikgu_math said...

Adik ipar CM juga berhenti kerja sekejap atas permintaan suami... tapi tak sampai pun 5 tahun... katanya tak ada kepuasan sbb minda tak bergerak...sekarang dah bekerja semula!!!

cHeRyNa PiReS said...

buat kerja dari rumah pon best juga.
ramai kawan2 yg mempraktikkan hobi jadi kerjaya zaman sekarang nieh:)

Neeza Shahril said...

Salam Mulan,

buat masa sekarang ni bisnes kecil-kecilan untuk mengisi masa ;). Kalau kerja commitment sangat tinggi. Tak sanggup membayangkan 8-5 tu.. hehee..

-----------------------------------

Salam Miss Cloudy,

hehehe... ada computer, ada internet.. jalaaann... :D

-----------------------------------

Salam Cikgu Math,

Neeza ni bukan atas permintaan suami kak.. tapi diri sendiri yang malas. Walaupun tak kerja, kena cari jalan supaya life tak static, InsyaAllah..

-----------------------------------

Salam Sha,

akak nak buat part time business.. jual apa yang boleh ;). InsyaAllah..

-----------------------------------

l i e y n said...

kalaulah saya boleh jadi mcm kak neeza....

maza said...

sesungguhnya dlm keuntunganlah Cik neeza weii.. hehehe

tak perlu gi kerja, jadi suri rumah sepenuh masa jerk.. ahaks!

Neeza Shahril said...

Salam Lieyn,

InsyaAllah.. satu hari nanti.. doa dan terus doa.. :)

-----------------------------------

Salam Maza,

Alhamdulillah.. ada orang tak suka duduk rumah. Neeza suka buat masa ni ;).

apa cerita ni nak comment blog maza tak dapek.. nanti nak cuba lagi ;)

KakNi (CikNi Ahni) said...

Neeza, kalau saya ada peluang tak kerja makan gaji memang saya nak sgt tp buat masa ni ekonomi keluarga belum mengizinkan. Bila tak makan gaji, byk benda yg boleh dibuat, sy pun x paham nape ada org kata minda x berkembang, mungkin asyik terperuk kat rumah je kot

Neeza Shahril said...

Salam KakNi,

betul tu.. sebenarnya ia bergantung pada kita sendiri. Kalau kita biarkan diri tak berkembang, memang macam tu lah. Kalau kita rajin, lebih berkembang daripada bekerja kot.. sekarang ni mudah. Internet di hujung jari kan.. satu dunia kita boleh conquer. Kalau dulu mungkinlah kot...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin