Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, September 24, 2012

Pucuk betik Petai rebus

Dah lama Neeza tak makan sedap. Untuk Neeza, makan sedap bukanlah makan di hotel 5 bintang dan bukan juga makan western yang rasanya selalu tak consistent sebab ianya bergantung pada orang yang masak.
 
Makan sedap ialah makan nasi dengan ulam-ulaman dicicah pula dengan sambal belacan. MasyaAllah... semalam kami balik rumah mertua Neeza di BL. I really have to admit, Neeza sangat admire dengan masakan mertua Neeza. Tapi semalam bukan mertua yang masak tapi adik ipar Neeza yang masak. Adik ipar masak ikan kembung masak tumis pekat yang sangat sedap, MasyaAllah! Sayurnya pucuk meranti masak bening. Dan.... pucuk betik rebus dan petai rebus bersama sambal belacan!!
 
Kami tiba di kampung dekat jam 2.30 petang. Mereka baru siap masak dan menunggu untuk makan. Memang langkah kanan betul. Alhamdulillah. Punyalah banyak Neeza makan. Sedap betul rasanya. Kekenyangan sampai tak selera nak makan bubur kacang durian ;).
 
Pada malamnya ada sambal belacan baru yang ditumbuk (siangnya sambal belacan di blender). Sebenarnya Neeza tak lah lapar sangat. Tapi bila tengok ada lagi ulam pucuk betik rebus dan sambal belacan tumbuk, waaahhh!! Terus lapar jadinya perut ni ;).
 


Itulah perut Neeza. Suka ulam-ulam macam tu. Mungkin sebab Neeza dah diajar makan ulam-ulam macam tu sejak kecil oleh arwah Mok (my granny). Pucuk ketereh, daun silum, daun pegaga, ulam raja, petai, jering and the list goes on and on.... yummmsss!!!

5 comments:

cHeRyNa PiReS said...

memang sedap ulam-ulaman nieh kak!
sha memang kalau makan ulam boleh menggila...lagi2 sha nieh pon hantu budu, cincalok...sambal belacan.

pucuk betik tu sha suka bila campur ada satu masakan jawa nieh. nama dia botok2. ikan, sambal & ulam2an bungkus dalam pucuk betik,

fuuhh...tak jumpa lagi kat KL nieh. Sha asyik teringat2 je.

KakNi (CikNi Ahni) said...

bila balik kampung mesti berselera makan walau apa pun menu nya... nape ek... aura kat kampung kot

Neeza Shahril said...

Salam Sha,

Kak Neeza tak pernah makan botok2 tu Sha.. mesti sedap kan rasa dia. Ooo.. Sha pun hantu budu ya. Kak Neeza buat kuah budu tu kadang hehee..

-----------------------------------

Salam Kak Ni,

haah lah.. betul lah kan. Tak kira makan apa.. mungkin dimasak dengan penuh kasih sayang tu kan... ;)

KakNi (CikNi Ahni) said...

Neeza, kasih sayang tu lah secret recipe kan?

Neeza Shahril said...

Salam Kak Ni,

betul tu... mak memang suka kami balik selalu.. dan menantu dia ni pulak memang suka masakan mak ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin