Rajin-rajin lah click ya :)

Friday, October 5, 2012

Apam beras kegemaran Abang

Lagi cerita makanan. Siapa yang bosan, silakan pergi jauh-jauh shooh.. shooh.. hehehe.. halau manje gitewwww.. :D. Sebelum kita tengok gambar makanan tu, kita cerita sikit dulu. 
 
Antara tugas seorang isteri ialah menjaga makan pakai suaminya kan. Sebab tu lah setiap pagi, sebelum keluar beli breakfast dan hantar anak sekolah, Neeza akan tanya suami terchenta dengan manjanya, 'Abang nak makan apa pagi ni?' without fail. Tapi pagi ni terlupa lah pulak. Jadi, bila cik Abang ku nampak Neeza dah keluar, dia pun pergi jengah kat pintu. Coan kata 'Ummi, Abah ada kat pintu tu'. Baru lah Ummi Coan teringat yang Ummi lupa tanya Abah nak makan apa pagi ni. Kebetulan pulak, anak-anak lupa nak salam serta peluk cium Abah sebelum pergi sekolah. Ummi pun apa lagi, 'Cepat pergi salam abah. Tanya sekali abah nak apa ya' hehehe.. boleh pesan-pesan pulak kaaan...
 
Bila anak-anak masuk kereta, Coan cakap 'kalau Ummi pergi kedai makcik, Abah nak pau. Kalau ummi pergi kedai abang tu, Abah nak apam'. Senang kerja Ummi. Untuk Apam 2 ketul tu, tak payah lah Ummi susah-susah nak mengukus sampai berjam-jam. Lagipun yang makan cuma Abang je. Anak-anak makan lah jugak tapi sikit bebenor. Jadi, tak payah buat. Beli aje senang. Rasa dia pun consistent. Kalau Ummi buat, kejap manis, kejap tawar dan kadang mungkin masin sebab tersilap letak garam kehkehkehhh... Kan Neeza sayang Abang... hehee..
 
Sekarang, kita tengok gambar apam kegemaran cik abang ku sayang... taraaaa!!!
 
 


Gambar ni orang punya. Neeza pinjam degan google. Abang tak suka kelapa tu. Jadi, Neeza takdelah ambik kelapa untuk Abang... :)
 

3 comments:

cHeRyNa PiReS said...

sha suka nieh...tp sha suka kalau letak kaler2 sebab sha suka apam yg cerita dan amusing!

eh, amazing:P

KakNi (CikNi Ahni) said...

mak saya peniaga apam tapi saya sendiri buat apam pun tak tahu... rindu pulak apam yang mak buat... hu hu hu....

Neeza Shahril said...

Salam Sha,

Kak Neeza suka color2 jugak.. tapi cik abang tak suka. Dia suka putih je.. ;)

-----------------------------------

Salam Kak Ni,

kalau tak pergi Saudi, sampai ke sudah neeza tak belajar buat apam kak Ni.. ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin