Rajin-rajin lah click ya :)

Sunday, October 21, 2012

Desa Water Park Sungai Park

Kami datang sini hari Ahad minggu lepas. First time for me. My lil sister yang recommend tempat ni. Bayaran masuk RM24 for adult and RM17 for the kids below 12. Untuk kids less than 2 feet, free. None of us qualified for the free ticket. My lil brother dapat special discount sebab dia OKU. Half price! Okay lah kan daripada tak dapat apa. Kalau di Saudi, free aje for OKU ni.
 
Semua mandi except me and ma. Malas nak membasahkan diri sebab nanti bila keluar akan melekat-lekat baju di badan. Memang teringin tapi biar lah dulu. Kena cari baju yang tak melekat dibadan baru boleh datang untuk mandi ;). Elok jugak tak mandi. Boleh tolong jagakan baju-baju dan barang-barang berharga. As if ada orang nak ambik pun kan.. hehehe..
 
Ada 3 pool besar. Kat tengah, wet playground for the kids. Sumeyyah turun naik gelongsor air tu sorang-sorang, rasanya lebih dari 5 kali. MasyaAllah! Berani betul. Tapi of course lah guard tu jaga kat atas. Bila dia nak lepaskan Sumeyyah, dia whistle kat guard yang jaga bawah untuk sambut.
 
Mereka mandi, naik untuk makan, then mandi lagi, then naik makan lagi then mandi lagi. Kalau ikutkan, nak mandi lagi tu. Tapi, since tempat ni dah nak tutup at 6pm, kenalah kami beransur pulang.
 
Before this, kami pernah pergi Ayer Keroh water park. Lagi besar dari ni. Tapi penat lah nak berjalan. This one is better since anak-anak kami pun kecik lagi.
 
Oh ya, lupa nak cerita pasal food. No food is allowed! Mereka akan check semua bag yang di bawa. Kalau guard tu sangat efficient, dia akan seluk dalam bag. Kalau guard tu malas tak berapa nak efficient, dia rasa dari luar je. Secara jujur, memang kami bawa makanan untuk alas perut. Roti krim dan sambal serta air mineral botol kecil. Letak dalam poket seluar. Tapi memang lah tak cukup pun. Kami beli food kat dalam tu. Mahal tu memang lah. Rasa, alhamdulillah. Sedap jugak. Tak lah marah sangat bila harga mahal tapi tak sedap kan. Kami beli burger, nasi goreng, mihun goreng, kuih muih, waffle dan junk food for the kids yang pantang tengok junk food grrrrrrr... Rasanya harga food in total lebih dari harga tiket. Kalau nak sewa float, kena bayar RM15 each. Nanti bila return, dia bagi balik RM5.
 
Overall, okay lah tempat ni. Boleh datang lagi. Kalau nak jimat sikit lagi, paksa semua orang jangan naik sebelum betul-betul lapar dan sebelum betul-betul puas mandi. Tapi... boleh ke nak buat macam tu? Mereka bukannya robot kan. Kalau Sumeyyah and Shahmey tu, suka-suka je bila diorang nak mintak food.
 

Abah menjadi penjaga setia 2 kanak-kanak riang



 
Playground dalam air. Memang lah seronok :)
 
 
 

 
Yang ni pun nampak best kan ;)
 
 

 
Bapak-bapak melayan anak masing-masing ;)
 
 

 
Adikku 'selambak' kat atas float. Orang nak naik, dia nak juga. Layaaannn...
 
 

 
My precious :) MasyaAllah! 



 
Qawiem melayan Sumeyyah main gelongsor air :)



 
Sumeyyah bersedia untuk dislidekan oleh abang life guard ;). Rasanya lebih dari 5 kali dia main benda ni. Tak puas-puas.
 



 
Kanak-kanak dari tadika taktau datang mandi manda bersama cikgu-cikgu mereka. Ada yang bawa mak ayah sekali. Bukan senang some parents nak melepaskan anak di tempat macam ni ;)
 
 

 
Kanak-kanak tadika. Elok je berbaris :). Dengar je cakap cikgu.


 
 
Bonda yang tak nak mandi. Dia nak teman Neeza agaknya ;)
 
 
 
 
Peaceeeeeee.... Meyyah tak suka gado-gado tauuuuu.. :D
 
 
 
Ada satu incident jadi masa kami mula-mula sampai. Kami ditemukan dengan satu group ni yang agak kurang ajar dengan orang tua. Bukan lah semua. Tapi takpelah. Biarkan mereka. Semoga Allah beri petunjuk dan ampunkan mereka. Aameen..

5 comments:

m.u.l.a.n said...

seronoknya semua...

mesti hilang mood kalo jumpa puak2 tak berbudi bahasa tu kan..

maza said...

perkhh hebat!

maza pernah main2 air mcm tu, tapi kat Tiara Beach Resort di PD..

bab makanan, boleh bawa sesuka hati.. cuma kena tidoq naa.. hehehe

Neeza Shahril said...

Salam Mulan,

sampai nak balik puak2 tu perli kami.. sedih.. tapi lantak la kan.. overall, kami enjoy :)

-----------------------------------

Salam Maza,

kami ni pulak, kalau jenis bermalam payah sikit nak kumpul kaum kerabat ;)

l i e y n said...

saya pernah pegi ke sini dgn adik2 tahun 2001 masa mak abah pegi haji...seronok mmg seronok. nnt nk dtg lagi bwk anak2 plak...how time flies..

Neeza Shahril said...

salam Lieyn,

loorrrrr.. lama dah rupanya tempat ni ya. Nampak sangat akak tak tahu hehee..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin