Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, October 23, 2012

Gerai depan Shell (bergambar)

Neeza pernah cerita pasal gerai yang Neeza kunjungi setiap pagi sebelum hantar anak-anak ke sekolah hari tu. Baru-baru ni, Neeza jadi papparazzi, snap gambar dia. Segan nak ambik depan-depan. Lagi pun, tak pasal-pasal dia jengah blog ni. Heheee.. Karang, sambil-sambil bungkus nasi lemak, dia ulas cerita kat blog pulak huhuuu..
 

 
Gambar wanita di atas terpaksa di mosaic kan sebab dia tak menutup aurat. Nanti tambah dosa orang yang melihatnya.. Juga, mana lah tahu satu hari dia menutup aurat, takdelah orang tengok dia tak menutup aurat lagi kan.. InsyaAllah.. Nampak tak SHELL tu? Gerai dia betul-betul depan muka pintu SHELL tapi seberang jalan.
 
 

Gambar ni di snap pada hari lain. Sebelum dia sampai, orang dah menunggu di gerai dia. Punya lah bagus. Mungkin sebab dia jual murah. Sebungkus nasi lemak kosong yang melambak nasinya baru RM1. Kuih RM1 untuk 3 ketul.
 
 

 
Masa kami nak balik, sempat lagi Neeza snap gambar ni. Ramai kan orang. Menanti dengan sabar dia membungkus :)
 


6 comments:

pB said...

seksyen brapo nie ??

m.u.l.a.n said...

waahhh... RM1 je... patut lah ramai tunggu..

cHeRyNa PiReS said...

Ish..dengan harga sebegini menarik...rasa macam nak makan pulak kak :)

zino said...

tak halang laluan ke Shell tu ke? ramai peminat nasi lemak tu..

maza said...

rasanya ini entry yg ke 3 utk gerai yg sama.. hehehe

Neeza Shahril said...

Salam Kak Da,

seksyen 19 :)

-----------------------------------

Salam Mulan,

orang ramai datang beli kuih.. ada yang beli sampai berbelas ringgit...

-----------------------------------

Salam Sha,

heheee.. kuih baulu kemboja dia sedap sangat.. anak akak kemaruk kek batik dia ;)

-----------------------------------

Salam Zino,

tak.. sebab dia seberang jalan.. gerai dia atas ped walk. Masalahnya kadang2 orang parking tepi jalan..

-----------------------------------

Salam Maza,

haah la kan.. kehkehkehhh...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin