Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, October 11, 2012

Lemang Kijal

Lepas dinner semalam, kami makan lemang. Ma beli di Kijal. Tapi bukan yang berderet kat tepi jalan tu. Divert sikit. Penjual ni nama Mak Long. Rasa lemang ni memang sedap.. Sangat sedap! MasyaAllah!!
 
Hari ni ada lagi lemang tu. Ma plan nak buat rendang. Jadi, Neeza pergi pasar beli ayam, serai, daun kunyit, kerisik dan lain-lain. Cari santan takde lah pulak. Selalu tu banyak je. Neeza tanya makcik kedai pasar tu. Dia kata,
 
"Habis lah nak.. tadi orang masjid beli. Dia tak bagi tahu awal.. errr.. kelapa ada. Nak?"
 
Neeza pusing ke belakang sambil fikir, adoiiii.. malasnya la nak memerah santan. Then makcik tu kata,
 
"Haaaaaaaa... tahu lah tu.. tahu dah bila pusing pusing tu.. dia malas lah tu... heheee.."
 
kehkehkehehh!!! Neeza pun gelak besar. Bijak sungguh makcik tu. Tabik spring lah makcik.. hehee..



gambar ni pinjam google ;)

6 comments:

KakNi said...

hahahah... neeza kantoi... ala neeza, masuk jer dlm blender tu dan blend sekejap, x yah perah2 pun kelapa parut tu...

cHeRyNa PiReS said...

so beli ke tak sebenarnya kelapa?

BUNG MUZAFFAR said...

Lemang Kijal memang superb...! Dekat ngan rumah saya tu...

pB said...

beli jah satae' kotok tu

m.u.l.a.n said...

umah ni guna santan kotak je.. lagiiii malas...

Neeza Shahril said...

Salam Kak Ni,

kehkehkehh.. tu yang malas sebenarnya.. nak kena ambik blender, masukkan kelapa, letak air, blend, tapis.. huuuuu.. banyak tu kerja.. hahahaa!!!

-----------------------------------

Salam Sha,

tak beli la comel.. akak sanggup pergi kedai runcit lain beli santan kotak huhuu..

-----------------------------------

Salam Bung,

ooo.. dekat ke? boleh lah tolong order kan kalau kami nak makan kan hehee..

-----------------------------------

Salam Kak Da,

memae beli hok kotok pun Kak Da.. easy peasy hehe..

-----------------------------------

Salam Mulan,

memang selalu beli yang kotak jugak. Tapi dah pergi kedai pasar, cari lah santan sebab selalunya banyak ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin