Rajin-rajin lah click ya :)

Tuesday, October 16, 2012

Maybank oh maybank

Hajat di hati nak buka another account. Susah bila duit sendiri bercampur dengan duit sewa homestay. Tak pasal-pasal 'terbelanja'. Bukan tak boleh tapi susah nak buat accounting nanti. Walaupun tak banyak, still lah kan. Duit homestay tu kalau boleh nak guna untuk tolak balik loan rumah and upah orang yang menjaganya.
 
Jadi, pagi-pagi Neeza dah keluar. Ingat nak short cut. Sekali tersesat pulak. Entah kemana aje lah Neeza pergi. Lepas tu nampak area yang agak familiar. Masuk je. Then ikut lah jalan yang jauh gitu :).
 
Sampai di maybank, Neeza queue. Officer tu tanya nak buat apa. Dia mintak IC. Then dia kata, kena bawah proof of residence sama ada bil air @ bil api. Aduh! Kena balik lah jawabnya. Neeza patah balik. Kali ni cerdik sikit. Tak sesat dah hehee..
 
Lepas dapat bil api, pergi semula maybank. Duduk depan officer tu. IC scanner dia rosak. Dia suruh Neeza naik untuk scan kat atas. Huh?? Kerja saya ke puan? Masalah saya ya bila scanner puan rosak? Tapi cakap dalam hati je lah kan. Sangat customer friendly maybank ni! Takpe. Ikut kan saja. Neeza naik atas. Pergi satu counter ni, dia kata "saya dah ada customer ni". Okay.. takpe lagi. Pergi next counter. Dia buat. Then Neeza turun bawah semula.
 
Neeza dah duduk depan officer tu, dia boleh buat kerja lain. Key in data yang rasanya tak settle dia buat semalam. Hello!! Kalau ya pun nak siapkan kerja semalam, tunggu lah masa takde customer kat depan. About 2-3 jugak lah dia key in. Dalam pada tu, Neeza tanya dia, boleh ke nak syncronize 2 maybank account dalam 1 account maybank2u? Dia tak faham. Neeza explain lagi. 2 kali baru dia faham. Then dia tanya, "dah ada account ke sebelum ni?". Neeza cakap lah dah ada. Dia suruh colleague dia yang duduk sebelah check.
 
Statement yang lebih hangin pun keluar "tak boleh ada lebih dari satu account". Ini memang pelik. Neeza bagi tahu dia yang husband Neeza baru je buka account baru. Dia kata, tahun bila tu? Baru lagi la.. Tak sampai 2 bulan pun. Dia still kata tak boleh. Neeza check dengan Abang, officer tu bagi tahu tak boleh tapi dia lepaskan aja. Ye lah. Amaun yang Abang nak masukkan tu banyak. Memang lah dia bagi kan.
 
Yang buat Neeza geram sangat ialah, kenapa dia tak tanya awal-awal. Kenapa dia tak check masa dapat IC tu? Dia suruh kita turun naik tangga, dia ingat kita ni office boy dia ke? Dia tak boleh ke mintak colleague yang buat? Nampak colleague dia tak buat apa pun. Ke memang macam tu? Customer yang kena buat? Awak menyusahkan orang, jangan sampai awak pulak disusahkan nanti. Tahu lah awak pregnant. Muka dah lah tak reti nak senyum. Suruh orang pulak buat kerja awak. Sakit betul rasanya hati bila deal dengan maybank ni.
 
Dulu kami pernah kena dengan Maybank Kuantan. Sampai kami tutup semua account anak-anak dan buka account Tabung Haji. Puas hati. Sekarang Maybank Seksyen 20 Shah Alam pulak buat macam ni. Macam ni ke yang dikatakan mesra pelanggan? Hampeh!!
 
 
 

6 comments:

cHeRyNa PiReS said...

hah...pengalaman customer commercial dgn business customer tak sama. sha dah buat. bila jadi business customer, mmg lain kak...sangat lain. tapi bila jadi commercial customer...yg biasa2...macam nilah:)

sabar kak...manusia juga mereka tu:)

Raihah Rosli said...

ala kesiannye kk neeza...
berbeza lak dkt tmpt sy, maybank tmn u johor.... servis sgt bgus ... msuk2 pntu je nnti staf kat kaunter dpn akn tnye... kalo staf xde pun guard akn bntu.... staf amik ic n fotostatkn n kite trus duduk kat dalam tggu turn....

maza said...

sebenarnya, masalah itu masalah peribadi si officer tersebut..

mungkin dia kena pergi training semula di HQ kat Bangi! Baru tahu ghupenye..huhuhu

pB said...

agak-agak kan ,
bank mana kat Malaysia ni yang tip top menjaga pelanggannya ???

m.u.l.a.n said...

tu yg malas nak bukak acc baru.. macam2 hal.. guna je acc yg dah bertahun2 tu... tapi kat sini ok sikit kot..

Neeza Shahril said...

Salam Sha,

tapi bab maybank, ada yang complain, nak settlekan loan pun lembeb.. Baru ni kami jual rumah. Lawyer tu siap pesan, kena push sikit maybank ni...

-----------------------------------

Salam Raihah,

tak semua maybank macam tu kan. Kat Section 18 okay lah pulak ;)

-----------------------------------

Salam Maza,

ada kawan pernah cakap, yang kerja kat front desk ni bukannya belajar tinggi mana pun. Sebab tu perangai macam tu.. entah lah..

-----------------------------------

Salam Kak Da,

dok tau la kakok.. So far, Ja berehi Tabung Haji jah.. hehehe...

-----------------------------------

Salam Mulan,

Ingatkan nak asingkan duit sendiri and duit bukan sendiri.. cam tu pulak jadinya..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin