Rajin-rajin lah click ya :)

Monday, October 1, 2012

RnR Awan Besar

Hari Sabtu lepas, ada orang nak have a 'driving pleasure' disamping mencari tempat makan. Kami bercadang nak makan jauh sikit dari rumah. Tak tahu nak pergi mana. Kami ni memang tak berapa adventurous bab makan-makan ni. Main belasah je selalunya. Kalau sedap, kami repeat. Kalau tak, that's it! No more.. :)
 
Kalau dari rumah, kami kena U-turn untuk ke RnR Awan Besar tu. Sekali lepas je toll, jalan sikit dah terlepas. Signage RnR Awan Besar tu dia buat lepas pada jalan masuk tu. Mana lah orang nak perasan. Unless lah orang yang dah selalu sangat ke situ.
 
Bila dah terlepas, mood pun dah tawar nak pusing balik. Tak kuasa nak tawaf toll tu. Kalau free takpe jugak. Membazir duit je. Anyway, bukan lah Neeza mengandung mengidam pun. Takde lah teringin sangat.
 
Hari ni, since ada orang tu puasa, dia terasa nak makan kat luar. Teringat pulak trip yang tak jadi tu. Maka, ke Awan Besar lah kami. Ayam, daging, hati dan arnab serba sedikit. Tak sampai 30 cucuk pun. Tapi jenuh nak menghabiskan. Sape lagi kalau bukan Ummi yang kena settlekan. Sayang pulak kalau tak habis. Alhamdulillah. Lepas hajat yang tak kesampaian hari Sabtu lepas.
 
 
 

4 comments:

zino said...

la kenapa tak ajak zino 10 minit je dari rumah ke awan besar tu hehe

maza said...

jawabnya tak lama lagi si ummi akan membesar perutnya..sesuai dgn fungsi ummi sebagai asobah makanan.. hehehe

cHeRyNa PiReS said...

waaaaahh...macam qada' makanan2 yg takde kat sana dulu kak?

Neeza Shahril said...

Salam Zino,

laaaa.. tak la tahu.. takpe, lain kali kita buat blogger meeting kat situ ye :)

-----------------------------------

Salam Maza,

hehee.. dah besar dah pun. Tapi nak sangat perut ni mengecil.. boleh tak? huhuu..

-----------------------------------

Salam Sha,

kat Jubail ada jugak satay Sha.. sedap jugak. Tapi saja je nak makan samuri punya ;)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin