Rajin-rajin lah click ya :)

Thursday, November 1, 2012

Bercuti di Kota Tinggi Johor

Ada seorang adik Neeza bertugas di Kota Tinggi Johor. Untuk hari raya haji tahun ni, dia menjemput kami semua beraya di rumahnya. Kiranya dia jadi host lah. Alhamdulillah, abang setuju untuk join. Kami bertolak sehari sebelum raya iaitu Khamis 25 Oktober 2012, lepas solat asar. Jalan slow sikit. Banyak kenderaan atas jalan raya.
 
Kami singgah di hentian sebelah Bemban untuk buka puasa. Oh ya, hari Khamis tu ialah Hari Arafah. Di sunatkan berpuasa. Ada hadith yang mengatakan, kalau kita puasa sunat Hari Arafah, dosa kita untuk setahun yang lepas dan setahun yang akan datang akan diampunkan. InsyaAllah. Neeza dan Abang pun turut serta. Alhamdulillah, kami dapat puasa tahun ni.
 
Punyalah penuh hentian sebelah tu. Kenderaan ber'jujuk' bak kata orang klantam hehee.. Ada orang solat di pondok-pondok berteduh. Kami jamak ta'khir, solat di rumah adik Neeza bila sampai. Anak-anak sibuk nak ke toilet. Budak-budak bukan boleh cakap tunggu kan... Selesai makan, kami bergerak. Walaupun highway, rasa macam jalan biasa sebab terlalu banyak kenderaan dan slow. Mungkin faktor hujan atau mungkin faktor ada 2 lane je highway tu.
 
Kami tiba dalam jam 9. Semua adik beradik ada kecuali adik number 2. Dia dan isteri tak dapat cuti. Masa sampai tu, ma dan Lin, adik ipar Neeza sibuk di dapur menyiapkan juadah raya. MasyaAllah!! Banyak jugak.
 
Pagi raya, seperti biasa, yang lelaki pergi solat raya. Teringin nak ikut tapi mengenangkan anak-anak kecil nak disiapkan, tak jadi. Macam-macam juadah raya Ma dan Lin buat...

 
Top left - juadah Ma dan Lin masak. Kebanyakannya Lin yang masak. Sejuk perut adik Neeza, wife dia pandai masak sekarang. Alhamdulillah..
 
Top right - juadah yang Ibu dan nenek di Ulu Yam sediakan. Sangat bermacam.. Alhamdulillah..
 
Gambar bawah - Shahmey sudah tersilap Ummi. Dia tido masa sampai rumah nenek. Bila bangun, dalam mamai-mamai, dia pergi peluk adik tu. Diorang kata muka Neeza dan adik tu akan akan :)
 
Gambar last - mee bandung made in malaysia hehee..
 

 
Top - buaya air dan bukan buaya darat okayyyy.... Kami pergi Taman Buaya di Teluk Sengat, dekat dengan Kota Tinggi sehari selepas raya :)
 
Bawah - jambatan ke Penawar dengan model-model yang tak dibayar :D
 

 
Top left - Insan-insan yang tersangat berani memegang buaya. Boleh lah pegang buaya kecik. Cuba suruh pegang buaya besar. Kecut semua... heheheh..
 
Top middle - ini lah telur buaya. Tak tau kenapa dia letak dalam fridge air tu. Kalau lah ada yang terebus.. hehee.. sodaaappp!!!
 
Top right - rangka kepala buaya. Tak tahu kenapa diorang letak situ. Nak jual kot.
 

 
 
Top left - Neeza sempat jumpa Shikin, sahabat baik yang dah lama balik ke Malaysia. Dapat hilangkan rindu.. tapi sekejap sangat jumpa. Tak puas. Dulu Shikin duduk Jubail. Shikin sangat kurus sebab busy dengan bisnes restoran di Pasir Gudang. Ashikin Cafe. Sesapa duduk sana, pergi lah restoran dia ya :)
 
Top right - Bersama Shikin dan anak-anak. Bakal menantu tu.. hehehe.. memandai aje Neeza ni. Sape lah berkenan kan anak-anak Neeza tu kan.. ;)
 
Below - Kami visit anak sedara, Najwa di Gelang Patah. Kebetulan, mak sedara dia belah mak dia baru bersalin. Masuk je rumah, terus bau baby... :) bestttt....
 

 
Hari last di Johor, kami ke Parit Yusof. Anak sepupu Neeza, Latif kahwin dengan orang Parit Yusof. Orang rumah Latif, Filzah sangat kecil dan comel. Jeles jugak tengok pinggang dia.. 1/3 dari pinggang Neeza kot kehkehkehhh...
 
 

5 comments:

cHeRyNa PiReS said...

Sedap2 pulak makanan yg dihidang. Tapi paling best bila dapat habiskan masa dengan keluarga. Sha ada masalah nak membiasakan diri dengan saat Kak Neeza dekat sana dulu dengan di tanahair.

Masih amik masa:)

Neeza Shahril said...

Salam Sha,

haaa??? kenapa pulak Sha? anyway, kita belum pernah jumpa kan. I'm still the old kak neeza. nothing changes dear.. :)

maza said...

minggu lepas maza baru jenjalan di Kota Tinggi.. tapi di tepian pantai di Batu Layar..

Berkelah dgn family hari kedua raya.. hehehehe

m.u.l.a.n said...

seronoknya...!!!!

Neeza Shahril said...

Salam Maza,

Betul cakap ni Neeza tak tahu Batu Layar kat mana. Kalau best tempat tu, boleh lah lain kali ajak adik pergi situ pulak ;)

-----------------------------------

Salam Mulan,

sangat seronok! Alhamdulillah... :)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin