Rajin-rajin lah click ya :)

Saturday, February 17, 2018

Makan kenduri

Semalam, Aishah & Yaya ikut kami balik rumah. Mak bagi tahu Ibu Non ada jemput kenduri. Ummi tak pasti kenduri apa. Since Ummi pun memang nak hantar Aishah & Yaya, Ummi pun setuju untuk pergi. Lagi pun Ummi nak pass stock Sambal Garing Che Nor pada Ucu sikit. Senang kalau ada order dari ejen Banting. اِ نْ شَآ ءَ اللّه 

Tadi, kami ke rumah Ibu Non di Banting. Ummi memang suka kalau pergi kenduri rumah Ibu Non ni. Masakan dia sedap. Sama macam masakan Uwan. Sedap sangat. Sebab tu lah bila balik rumah Uwan, Ummi hampir tak pernah masak rasanya. Ummi nak makan masakan Uwan. Melampau betul menantu Mak ni kan. Semoga Allah beri kesihatan yang baik dan umur panjang untuk ibu mertua ku. آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Lama juga kami di rumah Ibu Non. Ramai sedara mara Abah ada. Ramai bertanya abang adik mana? Mereka panggil Abah sebagai adik. Jadi, yang muda dari Abah tu, panggil Abang Adik la. Adik la sangat kan Bah. Manja sangat bunyi tu Hahahhaa!!!

Dekat dekat nak balik tu, kami dijamu dengan Ice Cream Cornetto. "Rezeki orang balik lambat" kata Sophea. Ya betul tu. Sophea awal awal dah ajak balik. Ummi rasa tak proper lah pulak. Dah la tak menolong. Nak balik awal pulak. Ish ish ish...

Masa kat kenduri, Abah call guna video Messenger. Memang Ummi mintak Abah call supaya dapat cakap dengan Uwan. Alhamdulillah. Dapat cakap. Elok pulak line. Dapatlah Uwan tengok muka anak manja dia tu hehee.. Ummi tahu perasaan seorang ibu. Mesti nak dengar khabar berita anaknya. Uwan takde internet. Camana lah Abah nak call. Baru sampai kat sana.  Belum dapat communicate guna phone line lagi. Syukur ada teknologi internet ni. 

Dalam jam 5.30pm, kami tinggalkan rumah Ibu. 3 kotak sambal garing bertukar kereta. Semoga laris cepat hendaknya. آمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن 

Kami tiba dirumah dalam jam 6.30pm. Nak kena fikir dinner. Nak masak apa lah agaknya ya... 🤔🤔🤔

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin